Ini Dia 6 Perkara Dalam Perjanjian Sewa Rumah Agar Tuan Rumah & Penyewa Tak Sakit Mental
# Gaya Hidup

Ini Dia 6 Perkara Dalam Perjanjian Sewa Rumah Agar Tuan Rumah & Penyewa Tak Sakit Mental

post by sofea

by sofea

Sep 21, 2018
pada 1:45 AM

Tak ramai sebenarnya yang faham tentang Perjanjian Sewa Rumah (Tenancy Agreement) dan sebab kenapa Perjanjian Sewa Rumah ni perlu dimatikan setem. Kalau anda tahu betapa pentingnya ia dalam melindungi anda sebagai penyewa atau tuan rumah, anda tak akan sesekali pandang perkara ni sebelah mata. Kes-kes rumah sewa dirosakkan juga sering kita dengar, inilah salah satu kebaikan perjanjian ini bagi tuan rumah, agar nasib lebih terbela. 

Antara kes-kes yang mungkin anda pernah dengar sebelum ni:

"Apabila pakcik saya membuka pintu, astaghfirullahalazim. Hampir terduduk pakcik saya melihat ekadaan di dalam rumah itu."

Sumber: Ahmad Dhani

Untuk mengelakkan kejadian sebegini daripada berulang, inilah yang anda perlu lakukan...

Sumber: Hartanah Bangi

#1 PERJANJIAN DISAHKAHKAN OLEH LHDN (MATI SETEM)

Sebenarnya anda boleh menyewakan rumah anda tanpa matikan setem tetapi bagaimana pula jika pemilik atau penyewa melanggar syarat-syarat perjanjian rumah sewa.Tanpa perjanjian yang disahkan, agak sukar untuk anda membuat aduan. Oleh itu, perjanjian sewa rumah yang disahkan amat penting bagi pihak pemilik atau penyewa kerana ia sah untuk digunakan di mahkamah sekiranya berlaku pertikaian.

#2 MAKLUMAT LENGKAP RUMAH

Alamat sebenar rumah

  • Jenis rumah

    #3 MAKLUMAT LENGKAP SEWAAN

    Jumlah bayaran sewa

  • Tarikh bayaran sewaan

  • Jumlah deposit

  • Maklumat pemilik dan penyewa

  • Alamat premis disewa

  • No akaun bank pemilik

  • Penamatan kontak sewaan

  • Lain-lain syarat

    Pastikan anda betul-betul memahami syarat-syarat sewaan untuk mengelakkan kecelaruan antara pemilik dengan penyewa. Hubungi pemilik jika terdapat sebarang kecelaruan.

    #4 SENARAI INVENTORI

    Contoh:

    Mesin basuh

  • Grill pintu dan tingkap

  • Sofa

    Senarai inventori yang disediakan oleh pemilik mestilah disenaraikan dengan jelas samada ia tanggungjawab pemilik atau penyewa jika berlaku sebarang kerosakan.

    #5 MAINTENANCE

    Jika berlaku sesuatu kerosakan seperti bumbung rumah bocor atau paip bocor, siapakah  bertanggungjawab yang akan mengeluarkan kos baikpulih.

    #6 TANDA TANGAN PENYEWA DAN PEMILIK

    Artikel ini adalah hasil penulisan Amrin Asshikel melalui Program Freelancer MauKerja

    Hantar artikel BEST korang tak kisah seberapa banyak pun melalui form ni...

    >>>KLIK SINI UNTUK HANTAR ARTIKEL<<<