Cara Korang 'Charge' Handphone Dedah Personaliti Diri? Tak Percaya, Baca Ni!
# Gaya Hidup

Cara Korang 'Charge' Handphone Dedah Personaliti Diri? Tak Percaya, Baca Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 14, 2018
pada 3:50 AM

Dalam setiap perkara yang kita lakukan, antara kita sedar ataupun tidak, personaliti diri yang ada dalam diri kita sebenarnya yang mempengaruhi cara kita bertindak, berfikir dan sebagainya. Apa yang mempengaruhi kita membuat sesuatu perkara adalah disebabkan oleh personaliti yang ada dalam diri kita. 

Sebab itulah terdapat banyak ujian personaliti yang boleh kita lakukan untuk menilai dan mengukur personaliti diri kita. Salah satu kelebihannya adalah bagi membolehkan kita mengasah lagi kelebihan tersebut yang mungkin kita sendiri tak tahu kita memiliki kelebihan tersebut selama ini.

Antara ujian personaliti yang boleh menilai personaliti diri kita adalah berdasarkan ujian pengecasan handphone ini. Kalau korang sendiri, bila masakah korang akan mula cas handphone korang? Dah ngam-ngam habis baru nak cas atau bagaimana?

 

Pilih antara jawapan A, B, C atau D, kami akan dedahkan personaliti diri korang satu-persatu!

 

 

JAWAPAN

_

A. Setiap Saat

Anda mementingkan kualiti dalam kehidupan. Anda suka akan hal-hal yang berunsurkan kebaikan dan keindahan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Anda merupakan seorang yang sangat istimewa! Kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja dan pasangan sangat beruntung dapat memiliki anda!

 

B. Ketika 50%

Anda memiliki keperibadian dan pemikiran yang luar biasa. Anda suka menyembunyikan sesuatu dalam hati dan naluri anda selalunya tepat! Secara luarannya, anda merupakan seorang yang menarik dan easy going. Anda merupakan seorang yang boleh diajak susah dan senang bersama-sama!

 

C. Ketika 20%

Anda merupakan seorang yang baik, berwawasan, unik dan dapat membaca isi hati orang lain. Anda seorang yang sangat prihatin dan selalu menjaga perasaan orang lain. Anda selalu tunjukkan sikap yang kuat di hadapan orang lain tetapi anda sebenarnya takdelah terlalu kuat. 

 

D. Bila 1%

Anda suka bergurau dengan orang di sekeliling, tetapi bila anda serious, anda memang betul-betul serious sehinggakan orang lain terkejut melihat 'pertukaran' anda! Orang sukar untuk meneka apa yang anda fikirkan. Di sebalik penampilan anda, anda sebenarnya seorang yang matang dan boleh dipercayai (bertanggungjawab).