Pilih Gambar Pertama Yang Korang Nampak Dulu, Kami Akan Bongkarkan Rahsianya...
# Gaya Hidup

Pilih Gambar Pertama Yang Korang Nampak Dulu, Kami Akan Bongkarkan Rahsianya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 19, 2018
pada 2:55 AM

Ujian personaliti diri ataupun personality test ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu kita untuk 'bongkar' keperibadian yang ada dalam diri kita. Contohnya, mungkin kita tak pernah terfikir yang diri kita ni sebenarnya memiliki personaliti diri A, tapi bila dah buat beberapa personality test, baru kita perasan yang semuanya kena dengan diri kita sendiri. Betul tak?

 

 

Kalau korang nampak ubat gigi...

  • Sentiasa mempunyai instinct yang tepat. Luarannya nampak sungguh kuat, nampak macam tak takut apa-apa, tapi sebenarnya korang ni takut dengan kegagalan. 
    Korang juga seorang yang mementingkan perasaan orang lain dan pandai menyesuaikan diri.
  • Seorang yang penyabar dan suka pendamkan perasaan dalam hati. Di depan orang, korang sentiasa kelihatan ceria tapi hakikatnya, korang takut akan perasaan sunyi.

 

Kalau nampak berus gigi...

  • Korang seorang yang romantik dan sentiasa prihatin akan setiap situasi. Korang akan malu-malu dan berdiam diri jika berhadapan dengan orang yang tak dikenali.
  • Kalau korang happy, korang akan berterusan happy. Tapi, kalau korang sedih, korang lebih gemar menangis dan bersedih di dalam bilik bersendirian.
  • Korang suka bergurau dan menggembirakan orang di sekeliling. Korang juga sukakan orang lain untuk faham keperibadian diri korang, ingin selalu mendapat sokongan dan diberi perhatian.

 

Kalau nampak perempuan...

  • Korang merupakan seorang yang suka berjuang dan tak pernah berputus asa. Korang suka perkara yang straight to the point dan tak suka perkara yang meleret-leret dan membuang masa.
  • Seorang yang sangat terurus dan sentiasa mempunyai target dalam hidup. Korang sangat menghargai orang lain dan seorang yang mengenang jasa. Korang merupakan seorang yang perahsia, korang akan betul-betul berkongsi rahsia dengan orang yang terdekat dan boleh dipercayai je.