Siapa tak nak tahu rahsia buat duit lebih? Lagi-lagi kalau ada peluang untuk buat duit tanpa perlu bekerja dengan orang lain. Dalam dunia teknologi ni, tak ada yang mustahil! Salah satu kemudahan penting yang tak ramai tahu untuk buat duit mengalir masuk setiap bulan tanpa perlu pergi office adalah aplikasi Shopee. Perkongsian ini dibuat oleh Mohamad Farhan, seorang peniaga Shopee yang telah berjaya buat duit lumayan setiap bulan hanya dari rumah. Pendapatannya bukan sikit, tapi mencecah hampir RM 10,000 sebulan!












