Kekasih Pramugari Lion Air Kongsi Perbualan Terakhir Di Whatsapp, Tanda 'Single Tick' Undang Rasa Pilu...
# Trending Semasa

Kekasih Pramugari Lion Air Kongsi Perbualan Terakhir Di Whatsapp, Tanda 'Single Tick' Undang Rasa Pilu...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 30, 2018
pada 1:49 AM

Nahas Lion Air JT 610 betul-betul memberi kesan kepada semua terutama sekali daripada ahli keluarga yang terdekat. Baru-baru ini, teman lelaki kepada pramugari yang turut menjadi salah seorang mangsa kepada insiden terbabit telah memuat naik video dan gambar yang pernah mereka ambil bersama menerusi akaun Instagram beliau @apryfadhil.

 

 

Menerusi akaun Instagramnya juga, Apry kelihatan memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan hubungan bahagia mereka bersama. Apa yang menyedihkan, caption bagi setiap gambar tersebut memberi gambaran yang Apry berharap teman wanitanya itu dalam keadaan baik-baik saja.

 

 

Apa yang lebih menyentuh hati para pembaca, Apry turut berkongsi perbualan terakhir mereka berdua sebelum Mery berlepas bersama-sama dengan pesawat Lion Air JT 610. 

 

 

'''Sayang, pagi tadi kita masih telefon dan video call, aku teman kamu dalam perjalanan ke bandara.

Aku yakin kamu pasti kembali sayang, Allah melindungi kamu sayang...''