
by sofea

Ramai ingat yang booking tiket masa cuti umum adalah jauh lagi mahal daripada biasa. Padahal realitinya, tak selalu macam tu, melainkan korang beli tiket tu last minute, semua benda naik harga kalau dah last-last minute.
Lagi satu sebab korang patut pertimbangkan travel semasa cuti umum adalah korang tak adalah kena apply leave dari kerja, rugi je kalau buat unpaid leave kan?
Ada banyak promo yang korang boleh jumpa kalau selalu buka website diorang, ni adalah antaranya:

Lebih Info Visa PayWave Klik Sini

Lebih Info GrabPay Klik Sini
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh CheapAir, mereka mendapati yang tiket flight biasanya lebih murah ketika waktu-waktu macam ni. Mesti sebelum ni korang pernah dengar yang beli tiket flight masa hari Selasa adalah paling jimat kan? Nope! Ahad adalah pemenangnya!
Berdasarkan laporan oleh Expedia dan the Airlines Reporting Corporation (ARC) pula, bila depa kumpulkan data penerbangan dalam masa setahun. Hari Khamis & Jumaat didapati sebagai waktu-waktu yang termurah untuk fly.
Basically, waktu terbaik untuk tempah tiket adalah Ahad, dan hari terbaik untuk fly adalah Khamis & Jumaat.

Kalau sebelum ni korang pernah search tiket flight tapi tak buat tempahan, harga kebiasaannya lebih tinggi, jadi korang delete cache dulu untuk 'normal'kan balik. Licik!
Kadang-kadang tiket sehala boleh jadi lagi murah daripada tiket 2 hala. Kan dah untung kalau korang perasan benda ni awal-awal?
Tak payah korang bersusah-payah nak menukar tarikh di browser asal, sebab segalanya rahsia dan 'terasing' di dalam mood incognito.

Tips Pro: Korang boleh gunakan Kiwi.com untuk compare harga tiket flight! Ini cara paling shortcut tanpa perlu buka banyak tab untuk bezakan harga.
Antara promo terbaru yang ditawarkan Air Asia sekarang ni:

Lebih Info FREE SEATS Klik Sini

Lebih Info CELEBRATING 11 YEARS Klik Sini
"Hotel? Trivago. Trivago? Hotel." Eh! Hotel je ke pilihan yang ada?

Selain menggunakan Trivago / Booking.com dan sebagainya untuk bezakan harga penginapan paling murah, apa kata korang guna cara 'hipster' untuk tempat tinggal. Cara bajet paling hebatlah! Korang gunakan je Coachsurfing sebuah website di mana korang boleh cari tempat tidur secara FREE. Dengan Coachsurfing, korang boleh cari sesiapa penduduk tempatan yang menawarkan rumah mereka sebagai tempat untuk ditumpang. Kalau korang betul-betul nak discover tempat yang dilawati, inilah salah satu cara paling best! Berkawan dengan orang lokal.
Manfaat lain ber'coachsurfing' ni adalah:
Korang just letakkan je lokasi tempat korang nak travel tu, lepas tu berhubung dengan tuan rumah. Jangan lupa share lokasi tuan rumah tu dengan kawan dan family korang untuk faktor keselamatan.
Sebelum travel, biasanya korang akan cari dekat kawasan sekitar rumah je kan kat mana ada kadar tukaran yang paling best. Tapi, pernah tak korang terfikir tentang kemungkinan untuk mendapat kadar yang lebih menguntungkan dekat tempat yang korang travel tu?
Seperti contoh, syarikat pertukaran wang di Bangkok yang dikenali sebagai Superrich selalu bagi kadar tukaran yang jauh lebih menarik daripada di KL:
Syarikat Max Money, KL: RM100 = 774 baht
Syarikat Superrich, Bangkok: RM100 = 784 baht

Tapi! Kalau malas nak fikir dah masa sampai kat negara korang travel tu, boleh je guna website ni untuk compare harga dari satu money changer ke satu money changer: klmoneychanger.com
Ingat! Berat ekstra pada luggage akan dikenakan caj dan menyusahkan lebih-lebih lagi kalau korang travel sebagai backpacker. Untuk selamat, beli sesuatu yang ringan macam postcard. At least adalah benda korang bagi kan?
Artikel ni banyak membantu? Jangan lupa share dengan geng travel lain!