Antara perkara yang dibentangkan semasa Belanjawan 2019 tempoh lalu adalah mengenai subsidi minyak. Kerajaan menegaskan bahawa kereta mewah tidak akan menerima subsidi petrol Ron 95 meskipun mempunyai kapasiti enjin 1,500cc ke bawah.


by Haziqah Muhamad
Antara perkara yang dibentangkan semasa Belanjawan 2019 tempoh lalu adalah mengenai subsidi minyak. Kerajaan menegaskan bahawa kereta mewah tidak akan menerima subsidi petrol Ron 95 meskipun mempunyai kapasiti enjin 1,500cc ke bawah.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan. "Tetapi saya boleh tegaskan di sini bahawa yang mereka menaiki kereta mewah jangan haraplah," katanya.
Pada Belanjawan 2019 tempoh hari, Lim Guan Eng berkata, melalui manifestonya berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.
"Atas rasa keprihatinan, kerajaan memutuskan untuk menambahbaik janji berkenaan dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta saja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah,'' jelasnya.
Namun, apa yang menimbulkan isu pada ketika ini adalah model kereta yang mana satukah dikategorikan dalam kereta mewah? Ini antara rungutan netizen menerusi media sosial Twitter:
Namun, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Menteri Kewangan itu turut memberi penjelasan seperti berikut:
''Kerajaan memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan mekanisme berkenaan. Mekanisme kita akan jelaskan kerana ia bukan dilaksanakan sekarang, bulan Mac ini iaitu suku kedua tahun depan,” katanya lagi.
Menurut sumber yang diperoleh daripada Pandu Laju, berikut adalah senarai model kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah di pasaran Malaysia:
