Stress? Jangan Berhenti Kerja Belum Cukup Setahun! WAJIB Tanya Bos 12 Soalan Ni Masa Interview!
# Pengetahuan Interview

Stress? Jangan Berhenti Kerja Belum Cukup Setahun! WAJIB Tanya Bos 12 Soalan Ni Masa Interview!

post by sofea

by sofea

Nov 5, 2018
pada 5:53 AM

Mesti korang nak tahu budaya syarikat yang korang bakal kerja nanti macam mana. Kalau awal-awal dapat detect budaya toksik, korang mesti nak cari tempat lain kan?

Nak tanya soalan kat hiring manager pasal budaya syarikat macam general sangat. Korang boleh try tanya 12 soalan spesifik kat bawah kalau nak selidik budaya kat syarikat tu:

#1 “Dah berapa lama tuan/puan kerja dalam syarikat ni?”

Soalan #1 ni korang wajib tanya sebab kalau ramai orang berhenti dalam tempoh setahun daripada syarikat tu mesti ada something wrong kan.

#2 “Apa pencapaian terbesar tuan/puan yang pernah diraikan oleh syarikat?”

Kalau syarikat tu tak pernah hargai pekerja, besar kemungkinan wujud persekitaran kerja yang pasif dan tak produktif.

#3 “Boleh saya tahu etika dan penampilan pemakaian di sini?”

Wujudnya etika pemakaian yang rasmi tak bermaksud tekanan di tempat kerja makin kurang. la hanya petanda kecil kepada persekitaran tempat kerja.

#4 “Apa aktiviti yang disediakan oleh syarikat kepada pekerja?”

Hubungan sesama rakan sekerja dapat dieratkan melalui aktiviti outings, pertandingan sukan dan team building yang disediakan oleh syarikat.

#5 “Apa cabaran terbesar dihadapi oleh jabatan pada tahun lepas dan apa yang boleh dipelajari?”

Kalau syarikat tersebut menyalahkan pekerja bila hadapi cabaran/kegagalan, maka budaya salah-menyalahkan telah pun wujud. Politik dalam syarikat memainkan peranan juga dalam menentukan kepuasan berkerja dan menangani konflik yang ada.

#6 “Berapa lama pekerja/ketua jabatan/pemilik syarikat habiskan masa di pejabat?”

Kalau boss sendiri luangkan masa 90 jam seminggu dekat pejabat dan tak pernah ambil cuti, budaya ‘workaholic’ wujud dan banyak masa diperlukan untuk face to face dengan pekerja.

#7 “Apa aktiviti kebiasaan yang dibuat oleh rakan sekerja pada waktu tengah hari?”

Kalau waktu lunch pun duk mengadap komputer, ini petanda bakal rakan sekerja korang tidak gemar bergaul kerana terlalu fokus dengan kerja diorang 24 jam. Dari situ korang juga boleh kenal siapa yang jenis extrovert atau introvert.

#8 “Bagaimana tuan/puan mengukur kejayaan dan berapa lama masa diambil? Bagaimana item-item tersebut ditentukan?”

Kalau korang nak elak boss yang letak expectation melampau kepada pekerja, soalan #8 ni wajib ditanya tak kira gaji yang diorang offer agak tinggi. Bila expectation terlalu tinggi, korang akan terkejar-kejar masa hingga work-life balance pun terganggu.

#9 “Boleh tuan/puan tunjukkan kepada saya sekitar pejabat?”

Tanya soalan #9 masa peringkat akhir interview. Tujuannya nak amek feeling suasana kat pejabat. Perhatikan workspace macam mana. Ada tak pekerja berkomunikasi sesama mereka? Ada nampak tak diorang stress?

#10 “Adakah syarikat ini mengamalkan khidmat masyarakat? Bagaimana ia dilaksanakan?”

Ada tak aktiviti sivik dan kemasyarakatan di luar pejabat yang syarikat support? Jika syarikat menganggap kerja-kerja sebegitu menganggu operasi, mungkin ia bertentangan dengan prinsip korang.

#11 “Berapa ramai rakan sekerja yang terkini mempunyai jadual waktu yang fleksibel?”

Soalan #11 sebenarnya korang nak tau wujud atau tidak work-life balance di syarikat tu. Adakah waktu fleksibel ni untuk position senior sahaja atau untuk semua pekerja?

#12 “Apakah ada peluang pembelajaran secara berterusan untuk pekerja syarikat ini?”

Jika syarikat tu mementingkan pendidikan dan sijil professional supaya nilai pekerja bertambah, jangan lepaskan peluang ini! Malah kalau wujud konferens, mentorship dan program kepemimpinan, ini petanda syarikat perlukan korang untuk tempoh yang lama.