Gimik rupanya! Bagi korang yang terlepas isu Datuk Aliff baru-baru ni, boleh klik pada artikel ni, Melabel Penonton Hodoh & Tindakan Kurang Ajar Lain Dalam 1 Masa! Datuk Aliff Diselar!

by sofea
Gimik rupanya! Bagi korang yang terlepas isu Datuk Aliff baru-baru ni, boleh klik pada artikel ni, Melabel Penonton Hodoh & Tindakan Kurang Ajar Lain Dalam 1 Masa! Datuk Aliff Diselar!
Selepas kes memanggil penonton hodoh viral di media sosial, Datuk Aliff tampil dengan penjelasan tentang perkara sebenar. Dia mendedahkan di Instagram bahawa segalanya adalah sekadar gimik marketing! Wow! Tapi rasanya ramai yang dapat agak. Untuk yang baru tahu kejadian ini hanyalah gimik, adakah ianya mengubah persepsi korang? Jom kita lihat reaksi netizen yang pelbagai!

"Eh! Gimik jelah, dia memang pekerja aku! Tak apalah kalau nak hodoh, hitam, sentuh atau apa sekali pun!" Lebih kurang beginilah bunyinya kalau nak dipendekkan apa yang dikatakan dalam pos 'pendedahan' perkara sebenar.



Tapi betul ke atas nama gimik dan marketing semua perkara yang menyentuh sensitiviti ni boleh dilakukan? Oh! Duit lebih penting daripada budi bahasa?








Walaupun sekadar gimik, dan wanita itu memang pekerjanya, bagaimana dengan perasaan beribu orang yang menonton live ketika itu?
Kanak-kanak: Tak apa je nak cakap pasal kulit tengah-tengah orang ramai, boleh guna lawak ni kat kelas nanti!
Orang berwajah gelap: Alamak! Aku hitamlah! Orang anggap hodoh?
Dan seangkatan dengannya! Ada yang positif boleh diambil dari gimik ni? Hentikanlah 'teknik-teknik' pemasaran tidak bermoral seperti ini. Kekalkan adab, budi bahasa walau apa pun yang ingin dicapai kerana ini adalah budaya kita.
Ramai usahawan yang berjaya tanpa perlu melakukan marketing yang penuh kontroversi sebegini. Iklan macam biasa pun dah cukup, jangan kerana tamakkan harta, segalanya dilanggar. Gimik tidak 'menghalalkan' cara.