Eh! Passport Boleh Renew Online Rupanya!
# Trending Semasa

Eh! Passport Boleh Renew Online Rupanya!

post by sofea

by sofea

Nov 7, 2018
pada 2:14 AM

Dengan banyaknya offer yang best untuk terbang ke sana-sini, percutian rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau biasa-biasa sahaja sudah semakin global, tidak hanya di dalam negara sendiri! Ada yang nak ke Korea sebab penangan k-drama dan k-pop, ada yang nak ke Indonesia sebab nak bershopping, ada yang teringin ke Eropah untuk merasa 4 musim dan macam-macam lagilah!

Memang best membayangkan semua ni, tapi penatnya nak readykan passport tu bukan kepalang. Bayangkan, satu-satunya hari cuti yang korang ada, mestilah nak relaks dan bukannya beratur panjang semata-mata sebab nak renew passport. Tu belum fikir bab cari tempat parking lagi. Memang struggle habislah! Hanya disebabkan malas nak settle passport, ramai yang menunda rancangan untuk melancong. Ruginya!

Tapi korang tahu tak sebenarnya korang boleh renew passport secara online? Yup! Benda ni sebenarnya dah boleh dibuat sejak tahun 2016 lagi! 

Laman My Online Passport ini dilancarkan untuk menjadikan proses pembaharuan passport mudah untuk dilakukan orang awam. Tak payah berpeluh beratur dah! Berapa banyak masa dapat jimat dan guna untuk buat aktiviti lain. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata:

"Sistem My Online Passport sangat memudahkan kerana pemohon tidak perlu beratur di kaunter untuk memperbaharui passport. Mereka boleh memilih di cawangan mana passport ingin diambil dan juga memilih cara pembayaran sama ada dengan kad debit atau kad kredit."

Datuk Seri Mustafar mendedahkan bahawa pemohon yang tinggal di Kuala Lumpur juga boleh memilih untuk mengambil passport mereka di pejabat imigresen Johor. Memang senanglah!

Buat masa ini, sistem online ini masih tidak digunakan ramai sebab ramai yang tak tahu! Sekarang bila dah tahu, rasa macam nak renew sekarang? Korang klik je link ni >>> myPassport