8 Aplikasi 'Wow' Yang Smartphone Ada Yang Memudahkan Hidup Korang..Jom Download!
# Gaya Hidup

8 Aplikasi 'Wow' Yang Smartphone Ada Yang Memudahkan Hidup Korang..Jom Download!

post by null

by Admin

Apr 20, 2016
pada 7:27 AM

'Zaman dah berubah, teknologi makin canggih", pernah dengar ayat macam ni kan? Ya betul! Kami yakin kebanyakkan daripada korang sekarang masing-masing dah pakai smartphone kan? Tapi tak guna juga kalau sekadar untuk selfie dan whatsapp, korang tak memanfaatkan kecanggihan yang sebenar dalam smartphone korang tu.

Buktinya, kesemua aplikasi yang kami kongsikan ini bakal membuatkan hidup korang lebih senang berbanding sebelum ini. Reaksi kami bila dapat tahu kegunaan aplikasi ini memang...WOW! Jadi sediakan smartphone korang sekarang dan muat turun semua aplikasi ini!

1. Proshot

Applikasi ini diciptauntuk semua jenis peringkat juru foto yang mahu manik tarafkan kemahiran mereka. Ia membolehkan korang untuk mengakses segala fungsi yang membantu pengguna mengatur focus dan cahaya ketika menangkap gambar. Korang juga boleh zoom tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Aplikasi ini boleh di dapatkan bagi pengguna IOS dan Android.

2. Goodlook

Goodlook merupakan panduan melalui telefon pintar yang lebih trendy pada masa kini. Aplikasi ini akan memberikan tips berguna tentang gaya, fesyen dan kecantikan untuk korang. Kenapa perlu cari perunding imej kalau Goodlook boleh bantu?

Setiap hari aplikasi ini akan memberikan panduan baru tak kiralah lelaki mahupun wanita. Jadi kalau korang tak pandai nak buat kombinasi pakain yang sesuai untuk pergi kerja, shopping, lepak dan sebagainya. Goodloook boleh bantu. IOS dan Android.

3. Remote Mouse

Mungkin ada yang dah familiar dengan aplikasi ini, tapi kami yakin bukan semua orang tahu mengenainya. Aplikasi ini memudahkan korang untuk kawal PC korang. Samada korang sedang menonton movie atau mahu membuat pembentangan kerja, hanya gunakan aplikasi ini tanpa pelu gunakan tetikus! Direka untuk pengguna IOS, Android dan Windows Phone.

4. Moovit

Moovit merupakan salah satu aplikasi transit yang terbaik pada masa kini, dipercayai oleh 30 juta pengguna dari lebih 800 buah bandar dari seluruh dunia. Setiap lokasi akan dikemaskini dalam masa 24 jam, applikasi ini akan menunjukkan panduan jalan yang lebih tepat dan teliti. Google maps? Waze? Naahh! So yesterday! Pengguna IOS, Android dan Windows Phone boleh menggunakannya

5. Layout

Aplikasi dibawah naungan Instagram, Layout membolehkan korang untuk menyunting gambar-gambar korang yang lebih menarik dan cantik! Fungsi suntingan yang lebih terperinci berbanding Instagram. Untuk masa yang spontan, korang boleh pilih mod Photo Booth, klik untuk menangkap gambar ecara automatik di susun.

6. Clap! Phone Finder

Ini yang kami paling suka! Khas buat sesiapa yang selalu leka dan lupa smartphone korang letak mana.Huhu! Dengan aplikasi ini korang hanya perlu tepuk tangan untuk cari smarphone korang. Ia akan menghasilkan bunyi jadi korang boleh tahu lokasi phone korang tu. Mudahnya! Tapi hanya untuk pengguna Android sahaja.

7. SoundHound

SoundHound boleh membantu korang carikan laghu yang bermain difikiran korang, pernah tak korang selalu dengar lagu tu tapi tak tahu tajuk dan lirik dia. Korang hanya bunyi kan irama lagu tersebut, jangan tanya kawan! Tanya dekat SoundHound ini, dia boleh tolong korang carikan lagu itu apa. Hanya berlu 'hmmmmmm~~~~' mengikut rentak lagu dan sedikit lirik lagu tersebut.

8. MyScript Calculator

Kalkulator ini jauh beza dengan kalkulator biasa yang sedia ada dalam smartphone korang, Dia boleh beri penyelesaian terhadap soalan matematikal yang lebih details seperti dalam gambar di atas. Korang hanya perlu lukiskan soalan dan MyScript Calculator akan tolong jawabkan. Bestnya sebab IOS, Android dan Windows Phone pun boleh guna!