''Jom Kahwin Saya Shinna'' - Dilamar Ketika 'Half Time' Malaysia VS Myanmar, Netizen Tumpang Gembira!
# Trending Semasa

''Jom Kahwin Saya Shinna'' - Dilamar Ketika 'Half Time' Malaysia VS Myanmar, Netizen Tumpang Gembira!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 23, 2018
pada 3:35 PM

Kebiasaannya, kita selalu terbaca peristiwa melamar yang sweet terjadi di luar negara. Ada yang melamar dengan cara flash mob, ada yang melamar dengan berenang di dalam akuarium dan banyak lagi cara kreatif yang dilakukan untuk melamar pasangan mereka. Selalunya cara lamaran unik sebegini pastinya viral dan menarik perhatian ramai di seluruh dunia. Yelah, bukan hari-hari kita dapat tengok si lelaki melamar pasangannya, kan?

Malam tadi, satu lagi kejadian lamaran unik yang telah menjadi perbualan hangat oleh netizen di media sosial. Kali ni bukan berlaku di luar negara tau, tapi di Malaysia dengan bersaksikan oleh penyokong-penyokong yang hadir pada perlawanan bola sepak Malaysia VS Myanmar. Wah, pasti meriah!

Tweet daripada akaun Twitter Team Malaysia ini menunjukkan gambar di mana sebuah skrin besar dalam stadium itu dengan tulisan berbunyi, ''Jom kahwin saya Shinna'' mula menarik perhatian ramai. 

 

Sumber Twitter: Team Malaysia‏ 

 

Lamaran tersebut dilakukan ketika half time perlawanan bola sepak malam itu. 

 

Lebih menjadikan suasana di stadium semakin gamat adalah apabila wanita yang dilamar itu bersetuju untuk mengahwini lelaki tersebut. 

 

Sumber Twitter: E q a y a z i d‏ 

 

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar perhubungan pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Apa-apapun, tahniah kepada kedua-dua pasangan ya!