Kekosongan Pengurus & Pembantu Pengurus di KL & Selangor, Elaun Lumayan Gaji Sehingga RM 3,000!
# Jenis Pekerjaan

Kekosongan Pengurus & Pembantu Pengurus di KL & Selangor, Elaun Lumayan Gaji Sehingga RM 3,000!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 3, 2018
pada 1:49 PM

Tak larat dah rasanya nak 'tanam anggur' lama-lama dirumah. Boleh muntah hijau dibuatnya! beratus interview dah pergi tapi takde satu pun lagi tawaran kerja datang menjeguk. Gelaran 'fresh graduate' dah boleh tukar kepada 'fed up graduate'.

Letih, penat, rasa nak give up dah memburu pekerjaan yang tak membuahkan hasil. Jangan mngalah dulu! sebab mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk korang rebut peluang mengisi kekosongan jawatan Pengurus & Penolong Pengurus di A&W sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor. Bak kata omputih 'stepping stone' sebelum mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan minat serta pendidikan korang.

Tak salah pun bermula dari bawah menimba ilmu & pengalaman di alam pekerjaan. Masa bayi dulu pun kita merangkak dahulu sebelum berlari tak gitu?

Lagi pun gaji yang ditawarkan bukan sedikit sehingga RM 3,000 lumayan wei! Korang duduk rumah apa pun tak dapat kan? ni dah kira cun sangat, takde la poket korang tu kosong penuh habuk je.

Selain gaji yang cukup memberangsangkan, korang juga turut diperuntukan elaun bernilai RM500+ perghhh! betul ke ni? Ya BETUL. Gaji masyuk, Elaun ngam, Kalau korang nak income melimpah ruah lagi, rajin-rajin lah buat kerja lebih masa sebab OT korang tu pun berbayar RM 6 setiap jam.

Manfaat tambahan lain seperti Bonus tahunan, 

So apa yang korang tunggu lagi tu? Pat pat siku lipat, sape cepat kerja ni dia la yang dapat! Jangan berlengah lagi zasss! click link di bawah sepantas kilat dan mohon jawatan ini sekarang!

 


 

PENGURUS & PENOLONG PENGURUS

KL & SELANGOR

(Sehingga RM 3,000 | Elaun Lumayan)

 

Kelayakan

  • Mempunyai Diploma & Ijazah Sarjana (Degree) pelbagai bidang.
  • Berpengalaman 2 tahun di dalam pengurusan dan kendalian industri makanan segera atau sekurang-kurangnya bertugas sebagai pengurus selama 1 tahun.
  • Mempunyai kemahiran teknikal atau pengetahuan SOP yang baik 

 

Tanggungjawab

  • Mempunyai sifat kepimpinan, mampu mengendalikan restoran bagi mencapai matlamat syarikat, jualan, tenaga kerja, utiliti, inventori, kos makanan serta hal-hal lain berkaitan operasi harian restoran.
  • Menguruskan kumpulan pekerja restoran agar memeberikan servis terbaik kepada pelanggan berserta produk yang berkualiti tinggi.
  • Memastikan pengurusan restoran seimbang, wang runcit, wang jualan dan stok mencukupi; Pengendalian wang tunai & polisi keselamatan restoran dipatuhi
  • Memantau dan menguruskan kos barangan dan jualan untuk meraih keuntungan.
  • Mengambil bahagian dalam semua aktiviti pemasaran, latihan dan pembersihan restoran.
  • Memastikan keselamatan, sanitasi dan persekitaran bersih mecapai tahap yang sepatutnya.
  • Menjadi jurulatih, melatih dan membina pengurusan.


Manfaat tambahan

  • Gaji Kasar sehingga RM 3,000
  • OT RM 6 sejam.
  • Elaun prestasi setiap hari bernilai RM5
  • Elaun sehingga RM 500+
  • Bonus Tahunan 

 

Lokasi Kerja

  • Cawangan A&W KL & SELANGOR

 

 


 

Mohon sepantas kilat!

Untuk nikmati pelbagai manfaat tambahan yang diperuntukan bagi pekerja A&W!

Rebut peluang keemasan sebelum tamat.