3 Hobi Ni 'Confirm' Akan Buat Poket Korang Tebal Tapi Ramai Yang Tak Tahu!
# Pengetahuan Pekerja

3 Hobi Ni 'Confirm' Akan Buat Poket Korang Tebal Tapi Ramai Yang Tak Tahu!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 4, 2018
pada 2:48 AM

Bosan dengan kerja hakiki! kerja banyak tapi tak kaya-kaya jugak, gaji macam tu je tak pernah berubah pun. Pernah tak terfikir macam ni 'seronok nya kalau boleh buat benda yang korang suka, bila-bila masa pastu dapat duit'. Sebenarnya ramai yang tak tahu cara yang tersangat mudah untuk realisasikan impian dan pemikiran korang ni menjadi kenyataan, korang cuma perlukan sedikit daya inovasi dan ' be creative' tu je.

Korang perlu berani ambil risiko bak kata pepatah 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'. Sebenarnya benda ni bergantung pada tahap kerajinan korang je! Kalau korang rajin, dengan hobi pun korang boleh buat duit sampingan yang mungkin lebih lagi dari pendapan sedia ada korang sekarang ni.

Bohong lah, borak je ni. Tak percaya? Ni ada beberapa idea atau hobi untuk bantu tebalkan poket korang yang selalu berhabuk tu, nak nak lagi bila hujung bulan, cuba try mana tau lepas ni takde laa asyik makan maggie je bila poket dah kering kan.

 

Kalau Korang 'Game Addict'

Jangan stress bila suami atau teman lelaki korang ketagih bermain video game, biarkan je diorang. Sebab korang mungkin terlepas pandang walaupun diorang leka bermain permainan video ni sehari suntuk, ia sebenarnya boleh dijadikan sumber pendapatan bernilai ribuan ringgit! Ha.. berbaloi ke tidak?

Mesti korang musykil, macam mana main game pun boleh dapat duit berkepok kan? Sebenarnya, dalam permainan video tertentu, seorang pemain akan memerlukan prop atau alat bantuan yang kekononnyauntuk kegunaan karakter game raih kemenangan, Jadi ada je yang sanggup menawarkan harga yang lumayan untuk urusan jual-beli prop dan alat bantuan yang diperoleh pemain lain. 

Dengan cara ini la, kalau otak korang bergeliga memanipulasi keadaan korang akan dapat habuanya! secara buta-buta je korang boleh mandi hujan duit, kalau korang bijak berdagang secara atas talian.

 

Kalau Korang Suka Shopping!

Ha! hobi yang ni memang sinonim dengan gegadis. Kalau korang sejenis yang 'shopaholic', korang sebenarnya boleh dapatkan wang lebih dengan hanya membeli-belah sahaja. uish! macam best je kan? macam mana tu? Ini syarat dia. Korang kena bijak memilih dan beli belah hanya pada musim jualan murah (sale) sahaja! Lagi untung kalau item yang korang beli itu tengah 'In trend' atau on demand sebab bila korang dah mula bosan untuk pakai atau guna item yang korang beli tu, korang boleh jual semula secara pre-loved atau atas talian gunakan platform seperti carousell. So nampak tak, senang je kan nak dapat duit?

Lagi satu cara korang boleh dapat duit dengan membeli belah adalah gunakan platform online shopping website yang rajin bagi potongan dikaun harga, cash rebate ataupun Cash back. Benda ni sangat menguntungkan kot! sebab lagi banyak korang shopping lagi banyak pulangan duit yang korang boleh dapat.

 

Kalau Korang Kaki Travel

Kalau korang memang kaki travel, korang tau tak sebenarnya boleh rolling balik segala perbelanjaan yang korang dah keluarkan untuk pergi travel tu dengan jadi pemandu pelancong. Kiranya sambil menyelam minum air lah ni, nak-nak lagi kalau korang student sambung pengajian di luar negara. Kalau ada orang kita yang melancong ke sana, boleh lah korang cepat-cepat ambil peluang buka servis pemandu pelancong. Melancong dapat, poket pun penuh duit. Untung kan?!