Berjaya Kumpul RM4,021 Setahun, Cara Unik Lelaki Ni Kumpul Duit Buat Ramai Netizen Nak Tiru!
# Gaya Hidup

Berjaya Kumpul RM4,021 Setahun, Cara Unik Lelaki Ni Kumpul Duit Buat Ramai Netizen Nak Tiru!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 4, 2018
pada 4:26 AM

Aduh, stressnya nak simpan duit! Haa korang pernah tak rasa perkara macam ni? Awal tahun beriya-iya nak simpan duit untuk travel, shopping dan sebagainya, tapi bila dah sampai masa, punyalah payah nak tunaikan! Yelah, bila dah tolak habis semua komitmen, tinggal apa je? Lagi parah kalau orang tu jenis boros. Memang sampai bila-bila pun tak boleh menyimpan.

Tapi orang kata, selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Contohnya seperti yang dikongsikan oleh Eiyoi Amer ini. Berdasarkan perkongsian yang telah mendapat 18, 156 shares di Facebook miliknya itu, dia berkongsi tips satu persatu bagaimana cara dia mengumpul duit simpanan dalam tempoh setahun. Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara simpanannya yang unik! Macam mana? Haa korang kena teruskan membaca...

 

1. 

RM 5.00

Matlamat : masukkan setiap kali ada RM5.00

Disiplin : wajib ( anggap RM5.00 tak ada nilai

Jumlah tabung penuh : 3

Jumlah wang terkumpul : RM1490

 

2.

RM10.00

Matlamat : masuk jika RM10 lebih 4 keping dlm dompet

Disiplin : wajib

Jumlah tabung penuh : 1

Jumlah wang terkumpul : RM820

 

3. 

Tabung pendidikan anak RM1.00

Matlamat : RM1.00 setiap hari plus cuti

Disiplin : wajib

Jumlah tabung penuh : 6 tabung

Jumlah wang terkumpul : RM 800

 

4.

RM1.00

Matlamat : masukkan RM1.00 sebnyak mana mampu sahaja.

Disiplin : jika ada

Jumlah tabung (tin) penuh : 1

Jumlah wang terkumpul : RM320

 

5.

RM5 = rm 1490.00

RM10 = rm 820.00

RM1 anak = rm 800.00

RM1 = rm 320.00

Syiling RM0.10 - RM0.20 = RM81.00 ( tiada dlm gmbr)

Syiling RM0.50 = RM 510.00 (tiada dlm gmbr) 

Jumlah semua = RM 4 021.00 

 

 

 

Haa, lepas ni korang boleh tiru cara dia buat!