Elak Bagi 4 Jawapan 'Cliche' Ni, Bakal Buat Panel 'Annoyed' Semasa Temuduga!
# Pengetahuan Interview

Elak Bagi 4 Jawapan 'Cliche' Ni, Bakal Buat Panel 'Annoyed' Semasa Temuduga!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 5, 2018
pada 2:22 AM

Tolonglah jangan buat panel temuduga rasa nak hantuk kepala kat dinding berkali-kali lepas dengar jawapan dari mulut korang semasa interview. Jawapan-jawapan  'cliche' macam ni lah yang jadi faktor utama korang di 'reject' serta merta lepas je korang langkah keluar dari bilik temuduga. Tolong hadam benda ni sebelum korang hadir temuduga, tu pun kalau korang betul-betul nak dapat kerja.

Ini antara jawapan-jawapan yang memang tak disarankan untuk digunapakai semasa interview. Jadikan sebagai panduan dan guidelines untuk korang lebih bersedia okay!

 

1. 'Saya calon yang paling sempurna dan layak untuk dapat kerja ni'

Ya konfiden level korang memang terbaik, bila korang bagi jawapan macam ni. Nampak yakin dan meyakinkan pada korang, tapi sebenarnya TIDAK!  bagi panel temuduga. Lah! dah kenapa pula? Sebab bila korang bagi jawapan macam ni, penemuduga automatik dapat tau korang ni sejenis yang hanya pandai menanam tebu di pinggir bibir je. Mana ada manusia yang sempurna weh dalam dunia ni. Agak-agak lah kalau korang nak 'market' diri tu pun. Boleh bukan tak boleh, tapi biarlah berpijak dibumi nyata ya. Kalau korang tu calon yang sempurna, yakin sangat ke korang takde calon lain yang mempunyai kelebihan dan kekuatan lebih baik dan mampu mengatasi korang? Konfiden tu penting, tapi bukan konfiden yang membuta tuli takde hala tuju. Sebaiknya korang berfikir sejenak sebelum mengeluarkan kata-kata.

 

2. 'Saya yakin saya mampu gantikan tempat encik, dan bagi khidmat yang lebih baik kepada syarikat ni'

Amboi! jawapan kau. Belum apa-apa lagi dah ada niat nak cantas jawatan orang lain, kemain ya! Memang la bila temuduga, panel ada 'expexctation' yang agak tinggi untuk tengok kesungguhan korang nak dapatkan sesuatu pekerjaan tu. Tapi tak perlu kot sampai korang kena cantas kerja orang lain untuk naik ke atas. Jangan tunjuk sangat perasaan hasad dengki tu. Nak bersaing tu boleh, tapi bersaing lah secara sihat.

 

3. 'Saya boleh buat semua kerja, percayalah!' 

Wah! hebatnya kamu, yakin nya kamu. Sekali lagi tolong.. tolong.. tolong la.. jangan bagi jawapan yang hiperbola macam ni. Ya, tau korang nak kerja tapi jawapan yang tak masuk akal macam ni tak kan buat korang nampak lebih yakin dan tak meyakinkan pun sebenarnya. Malah jawapan macam ni buatkan korang nampak terdesak sangat nak kan kerja tu tau tak? Lagipun kalau difikirkan mengikut logik akal, nak ke korang buat kerja yang takde kena mengena langsung dengan bidang tugas korang? mesti tak nak punya kan.

 

4. 'Tiada apa-apa soalan.'

Haa.. jawapan ni memang paling femes dan selalu sangat calon pakai bila panel tanya 'ada soalan?' semasa temuduga.  Pembohong! mustahil takde apa-apa persoalan yang bermain dalam fikiran korang sepanjang sesi temuduga berlangsung. Paling tak pun mesti ada satu atau dua perkara yang korang musykil dan perlukan penjelasan yang lebih lagi. Lagi pun panel tak tanya soalan ni saja-saja tau, diorang nak tengok korang boleh  ke tak berfikir pada masa kritikal lagipun jawapan bagi soalan macam ni akan mencerminkan sejauh mana minat korang untuk dapat posisi kerja ni.

 

Hadam jawapan ni, pahamkan semua nya dan bersedia untuk pergi temuduga. Goodluck! korang.