5 'Style' Rambut Elegan Untuk 5 Hari Bekerja Korang Boleh Tiru, 5 Minit Je Boleh Siap!
# Pengetahuan Pekerja

5 'Style' Rambut Elegan Untuk 5 Hari Bekerja Korang Boleh Tiru, 5 Minit Je Boleh Siap!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 6, 2018
pada 1:29 AM

Kelam kabut nya bila nak pergi kerja, mana nak kena siapkan sarapan lagi, siapkan pakaian kerja suami, dengan anak merengek nak itu ini. Ish! stress betul dibuatnya. Kadang sampai pergi kerja rambut kusut masai je. Tak sempat nak dandan rambut biar nampak kemas. Korang pernah alami situasi macam ni tak?

Pernah tak terfikir macam mana orang lain sempat je nak hias diri setiap hari pergi kerja dalam jangka masa yang singkat je? Rambut dengan Make up 'on point' je sentiasa, kadang rasa cemburu pun ada juga kan? Come on girls, korang pun boleh je jadi macam diorang ni. Korang cuma perlu tau cara yang betul je untuk merealisasikan nya.

Ni ada 5 cara untuk korang set-up rambut korang dengan gaya elegan sepantas 5 minit sahaja! Uish.. betul ke? Macam tak percaya je? Nak tau kena cuba lah dulu, tak cuba tak tahu kan. Lepas berjaya ucap selamat tinggal pada rambut kusut masai bagai singa korang tu okay!

 

1. Stail 'Tocang atau Dandanan'

Nak style kemas dan bergaya tapi masih kelihatan elegan cuba 'recycle' semula cara  zaman 'childhood' korang dulu, mestilah dandanan ataupun tocang. Stail ni evergreen tau, sesuai digayakan di setiap peringkat usia. Pasti korang nampak lebih muda, comel dan manis je ketika mengayakan nya. Lagipun stail dandanan ni ada banyak jenis tau! Antaranya tocang enam, tocang lipan, tocang cekak dan banyak lagi. 

 

2. Stail 'Pokok Kelapa atau Sup Bunjut'

 

 

Stail ni amatlah sesuai untuk korang yang memang dah kelam kabut nak pergi keje. Dah memang tak sempat sangat dah ni! Tapi jangan biar rambut tak kemas. Cuba gaya rambut ala 'Pokok Kelapa' ni atau bak kata omputihnya 'Top Knot'. Pasti orang akan tampak kemas, lagi pun lebih selesa sebab korang akan rasa lebih sejuk dengan gaya rambut ni. Takde lah berpeluh-peluh walaupun etrpaksa berlari mngejar masa. 

 

3. Stail Ekor Kuda 'Ponytail'

Stail yang ni pun sangatlah simple! tak sampai 5 minit pun dah siap. Lagi senang kalau korang memang dah ada 'bangs' atau rambut hadapan yang dah dipotong kemas. Terus boleh 'on the go' tak perlu susah-susah merapi rambut.

 

4. Stail Sanggul Seroja atay 'Bun'

Stail ni sesuai untuk orang-orang yang memang tak nak ada masalah dengan 'kepanasan'. Korang hanya perlukan satu alatan sahaja! Cucuk sanggul ataupun getah rambut. Senang kan?

 

5. Stail ala 'Tuan Puteri'

Setiap perempuan mesti ada 'princess side' kat dalam hati kan? so kalau korang nak 'feeling-feeling princess' untuk pegi kerja hari tu, boleh lah korang cuba gayakan stail ni. Ringkas dan mudah gitu!