'Guna Berus Gigi Elektrik Pun Dapat Manfaat' Betul Ke? Ini Penjelasannya!
# Gaya Hidup

'Guna Berus Gigi Elektrik Pun Dapat Manfaat' Betul Ke? Ini Penjelasannya!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 6, 2018
pada 7:23 AM

Korang pernah tak tengok dekat televisyen tentang iklan berus gigi eletrik? Mesti pernah kan. Tapi tak ramai pun antara korang yang berminat nak beli apatah lagi menggunakan nya. Ye la, dah la susah nak dapat di kedai-kedai yang berdekatan dengan persekitaran korang, tak semua kedai runcit ada menjual nya. Lepas tu kalaupun ada mesti harga yang ditawarkan mencekik darah, tak kan jumpa harga yang hanya 2 angka je. Yang paling murah pun beratus harganya mengikut fungsi dan kualiti. Malah ada yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit tau. Mahal membunuh! Orang yang 'ada-ada' je mampu pakai berus gigi macam ni.

Tapi kan, kiranya korang tau segala manfaat dan kelebihan bila korang gunapakai berus gigi elektrik ni. Dijamin korang mesti tak nak dah pakai berus gigi biasa. Berus gigi biasa tu dah boleh campak dalam tong sampah je! Sebab berus gigi eletrik ni mampu memberikan 'magis' terutama kat bahagian penjagaan oral korang. Nak tau apa yang best sangat kalau pakai berus gigi elektrik ni? Ini dia 3 kelebihan berus gigi eletrik yang ramai tak tahu.

 

1. Gigi korang akan bersih secara total.

 

Kalau korang mengimpikan gigi putih bersih bak model iklan ubat gigi terkemuka Fazura, korang memang perlu dapatkan satu berus gigi eletrik ni dalam koleksi peribadi korang, Sebab berus gigi eletrik ni direka khas untuk masuk kesetiap ceruk struktur gigi dan dengan kelebihan ini, berus gigi ni mampu untuk membersihkan bahagian mulut korang secara total. Bila semua sisa-sisa makanan dapat dikeluarkan dengan menyeluruh, secara automatiknya mulit korang akan bersih dan kurang lah sikit risiko untuk kuman-kuman membiak dan merosak kan gigi kan?

 

2. Mengurangkan risiko mendapat masalah kaviti dan gingivitis.

Menurut pakar, Kaviti merupakan kerosakan gigi yang berlaku apabila zarah gula dari makanan menggalakkan pengumpulan bakteria dalam plak dan menghasilkan asid serta menyerang enamel gigi. Masalah karang gigi juga berpunca dari pembersihan gigi yang tidak sempurna. Selain itu, Gingivitis atau penyakit gusi (periodontal) pula berlaku apabila plak terbentuk pada gigi dan gusi (dikenali sebagai gingiva). Gingivitis ni akan menyebabkan gusi korang merah, bengkak dan senang berdarah apabila diberus.

Tapi dengan adanya inovasi baru seperti berus gigi elektrik ni, korang tak perlu risau gigi dan gusi korang terdedah dengan risiko kaviti dan gingivitis ni lagi, korang cuma perlu 'turn on' je butang berus gigi eletrik korang dan biarkan berus gigi ni yang buat kerja untuk melindungi gusi dan melawan serangan kaviti untuk korang. Bila gigi sihat tak perlu la korang selalu pergi ke klinik gigi, Hmm.. bahagianya hidup! 

 

3.  Membolehkan Flourida untuk melindungi lapisan enamel gigi korang dengan lebih baik.

Habis tu kalau pakai berus gigi biasa, flourida tu tak sampai kat lapisan gigi ke macam mana? Jangan salah faham, pakai berus gigi pun fluorida tetap akan sampai jika korang menggunakan ubat gigi yang berfluorida kerana ia memang bertujuan untuk melindungi lapisan gigi. Tapi bila korang pakai berus gigi eletrik ni, dia akan bantu korang untuk berus bahagian gigi dengan lebih menyeluruh. So dapat la fluorida tu kena dekat semua bahagian gigi korang dan melindunginya! Namun menurut pakar perkara ini masih lagi di peringkat kajian.

Jadi apa pandangan korang? Mana yang lebih berbaloi? Beli berus gigi eletrik dengan kos yang agak tinggi, tapi mampu untuk melindungi dan menjaga kebersihan dan ketahanan gigi korang atau beli berus gigi murah tapi risikokan gigi untuk mendapat pelbagai serangan dari kuman-kuman jahat? Tepuk dada tanya selera ya!