Korang dah cuba buat ujian personaliti berikut?


by Haziqah Muhamad
Korang dah cuba buat ujian personaliti berikut?
Haa apa kata korang uji ketajaman mata dan minda korang dengan buat ujian personaliti yang ni pulak. Cuba perhatikan betul-betul, korang rasa lelaki ni duduk di bahagian dalam atau luar rumah?

Jawapan yang dipilih selalunya kena dengan personaliti diri tau! Tak percaya? Cuba baca penjelasan untuk setiap jawapan ini:
Anda memiliki karakter yang bersahaja, selalu menghindari konflik. Anda lebih suka menyesuaikan diri dengan sesiapa saja dan anda tak suka berpihak kepada mana-mana individu. Cara anda berfikir adalah cukup kompleks, tetapi anda sangat menonjol kerana kebijaksanaan anda! Sesiapa yang rapat pasti tahu tentang personaliti anda ini. Anda juga merupakan seorang pendengar yang baik!
Anda sangat menghargai kejujuran dan keikhlasan. Anda suka berbincang tentang pelbagai perkara, tetapi kadang kala apa yang dibincangkan itu boleh menyinggung perasaan orang lain. Anda tak suka bergantung kepada orang lain dan yakin boleh menyelesaikan sesuatu perkara sendiri. Namun begitu, anda tiada masalah untuk bekerjasama.
Anda merupakan seorang yang kreatif. Anda merupakan seorang yang sangat kelakar. Kalau anda kawan anda yang sedang bersedih, anda boleh mengubahnya untuk menjadi gembira! Anda juga memiliki penglihatan yang tajam dan sangat peka terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Selain itu, anda juga sangat memahami dan tahu apa yang sedang dialami oleh seseorang itu, sama ada dia tengah gembira ataupun sedih.