[TERKINI] - Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguhkan? Ini Penjelasan PTPTN!
# Trending Semasa

[TERKINI] - Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguhkan? Ini Penjelasan PTPTN!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 6, 2018
pada 10:47 AM

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, En. Wan Saiful Wan Jan telah membuat satu pengumuman dan turut mengeluarkan jadual berkenaan dengan Potongan Gaji Berjadual (PGB). Dalam sidang media tersebut, menurut Pengerusi, bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.

 

Jadual Potongan Gaji Berjadual

 

Sebentar tadi, kira-kira dua jam yang lalu, satu lagi pengumuman telah dibuat oleh pihak PTPTN menerusi akaun rasmi Facebook PTPTN.

 

Makluman terkini : Penangguhan Pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) sebagaimana pengumuman oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Sebarang maklumat yang berkaitan Pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Terima kasih.

 

 

Sebarang maklumat lanjut berhubung PTPTN akan dikemaskini dari semasa ke semasa di sini.