Dah la struggle nak cari kerja, Bila dah 'shortlisted' kena hadir interview pula. Leceh betul lah! Tak boleh ke terus masuk kerja je? Nanti dah masuk kenal juga perangai sorang-sorang macam mana. Ha, pernah tak korang terfikir macam ni masa korang tengah memburu kerja? Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu korang kena ambil tahu bila korang dah dipanggil untuk temuduga. Dari sekecil-kecil perkara seperti etika berpakaian hinggalah sebesar-besar perkara macam etika menjawab soalan penemuduga.
