
by Admin

Kita akan merasa bebas untuk melakukan apa yang kita mahu, suka, tak suka dan menceburi sesuatu perkara baharu daripada semua aspek, tanpa gangguan dan halangan keluarga, sahabat dan 'budaya' sudah biasa kita percayai.
Umur lingkungan 20-an amat sesuai untuk bergerak sendiri bagi mengenali siapa diri kita yang sebenar.

Jika kita tinggal di tempat baharu, segala-galanya akan menjadi baharu, dan unfamiliar yang membuatkan kita jadi takut untuk harungi pada permulaannya.
Namun, tanpa sokongan dan dorongan keluarga kita mesti harungi juga. Ia akan membangkitkan semangat baru pada diri kita dan mengubah diri agar menjadi lebih berdikari tanpa didorong oleh siapa-siapa.

Mungkin kita merupakan seorang yang lemah sebelum ini tetapi dengan adanya keluarga kita jadi bersemangat semula. Berbeza di tempat baharu dimana jatuh bangun kita tanggung sendiri. Secara langsungnya, mental kita akan menjadi lebih kuat
Berpindah ketempat baharu mengajar kita untuk mengekalkan momentum semangat yang ada pada diri kita ekoran dengan cabaran yang lebih besar kita pernah hadapi di tempat orang sejurus sahaja pulang ke kampung halaman.
.jpg)
Di tempat baharu, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, corak kehidupan di kampung halaman kita jauh beza dengan yang lain. Dengan berpindah ke tempat baharu, fikiran kita akan lebih terbua. Tak adalah nanti "macam rusa masuk kampung" bila berjumpa orang pelik sikit di kampung halaman kan?

Kita akan jadi 'kosong' apabila mula-mula sahaja berpindah ketempat baharu. Tiada siapa yang sudi nak hulurkan tangan, lainlah kalau di tempat sendiri. Oleh itu, kita harus 'gali' sendiri untuk mendapatkan cable tersebut. ia amat penting bagi mambantu kita untuk berurusan, karier mahupun kerja.
Memang ia amat mencabar pada mulanya, tapi nanti akan ada satu tahap dimana segala-galanya ada dihujung jari kita.

Pelbagai cabaran yang lebih sukar kita dh lalui berseorangan, dapat membiasakan diri dengan corak kehidupan luar ia sekaligus mengubah identiti baru kita kearah yang lebih positif!