6 Koleksi Fesyen Tudung Paling 'Rare' & Dah Tak Relevan Nak Pakai Menjelang 2019!
# Gaya Hidup

6 Koleksi Fesyen Tudung Paling 'Rare' & Dah Tak Relevan Nak Pakai Menjelang 2019!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 10, 2018
pada 7:30 AM

Saban tahun usia masing-masing semakin meningkat, sepatutnya sikap dan perangai korang haruslah mencerminkan usia. Bak kata omputih 'a year older, a year wiser' tak gitu? Jadi untuk tahun 2019 yang bakal menjelma tak lama lagi ni. Dah boleh kot korang tinggalkan 'perangai' pakai tudung yang pelik-pelik ni. Pakailah tudung patuh syariah seperti yang di anjurkan dalam Islam. Kita pun tak tahu bila masanya tuhan akan menjemput kita kembali kepadaNya.

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

 

1. Fesyen 'Cool Fever'

Gaya tudung ni sekali pandang nampak macam manis dan ringkas je bila digayakan, Tapi bila dua kali pandang dah macam tepek  'sticker' untuk turunkan suhu badan tu pula. Haha! Tak payah la korang gigih sangat buat gaya tudung ni, dah la kena pakai dua helai tudung. Silap-silap memang korang boleh demam terus weh!

 

2. Fesyen 'Pocong'

Ye tau, mengingati mati tu satu ibadah! Tapi tak perlu kot nak praktis dulu cara nak bunjut kain kapan jenazah melalui pemakaian tudung kan? Tak tercekik ke pakai tudung 'style' jerut leher macam ni? Dah cukup ke amalan nak dibawa ke alam satu lagi? Sebab macam dah tak sabar sangat nampak nya ni!

 

3. Fesyen 'ala rambut'

Ni lagi satu masalah 'retis' dekat negara kita, diorang ni sebenarnya tau yang 'public figure' merupakan idola serta contoh yang sering menjadi rujukan masyarakat. Tapi masih ramai dikalangan mereka yang gemar mengenakan fesyen yang bakal mengundang kecaman serta memberi contoh negatif kepada peminat khususnya. Konon nak buat kelainan supaya boleh menjadi sebahagian daripada 'trend setter' di Malaysia. Tak boleh ke jadi contoh yang murni-murni je? Aduhai!

 

4. Fesyen 'Kepala Cendawan'

Ini pula, merupakan 'public figure' dari tanah seberang. Juga memilih untuk memberi kelainan dalam penggayaan fesyen bertudung. Admin pun tak tahu nak namakan gaya yang sesuai untuk tudung ni. Fesyen tudung 'sup bunjut'? Fesyen tudung kepala cendawan? atau fesyen tudung lingkaran 'anaconda'? Apa pendapat korang? Tapi tak payah lah tiru gaya macam ni ye. Sungguh tak sesuai!

 

5. Fesyen Tudung 'Payung Terbalik'

Fesyen tudung ni yang paling tak boleh nak 'brain' kalau nak buat inovasi tudung dengan payung sekali pun, dah kenapa payung terbalik! Aiyoo.. Tapi admin bersangka baik je la, mungkin ini adalah inovasi fesyen tudung tadahan hujan. Mane tau berguna juga dimusim-musim hujan macam ni. Walaupun korang akan kebasahan, tapi berguna disaat rumah takde bekalan air! Kalau korang memang berhajat nak kena kecam, cubalah gaya tudung tadahan hujan ni. Huhu..

 

6. Fesyen 'Tudung Saji'

Wawa Zainal ni pakai tudung saji pun cantik! Alahai.. seronok jadi orang cantik ni kan? Pakai ape pun poof! Letopsssss. Terhibur tengok gelagat Wawa Zainal ni. Ehem! ada yang nak mencuba nasib menjadikan nya realiti di arena fesyen kah? Lupakan je la niat suci lagi murni korang tu ye walaupun korang berbaka 'pan-asian' lagi cantik dari Wawa Zainal ni! Bak kata omputih biar jadi 'beauty with brain.' gitu.