Hadam 3 Tips Pilih 'Course Study' Yang 'Confirm' Boleh Bantu Korang Dapat Kerja Cepat!
# Pengetahuan Pekerja

Hadam 3 Tips Pilih 'Course Study' Yang 'Confirm' Boleh Bantu Korang Dapat Kerja Cepat!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 12, 2018
pada 12:09 AM

Beberapa minggu je lagi tahun 2018 akan pergi meninggalkan kita, menjelang 2019 apa pula azam dan perancangan korang? Ada tak yang berazam untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi? Terutamanya, 'dak dak' lepasan SPM tu. Mesti tak sabar kan nak melangkah ke alam siswa siswii?

Tapi ada beberapa perkara penting yang korang kena tau sebelum korang jejakan kaki ke universiti, terutamanya bab pemilihan 'course' yang sesuai. Sebab kalau tersalah pilih course korang akan merana di kemudian hari. Uish.. Kenapa pulak? Nak tau, baca tips ni.

 

Pilih 'Course' yang mempunyai nilai tinggi di alam pekerjaan.

Terdapat pelbagai jurusan yang ditawarkan kat Universiti, Tapi yang mana satu sesuai untuk korang pilih? Pening.. Pening.. Okay, kesilapan pertama yang kebanyakan korang selalu buat adalah pemilihan 'course' mengikut kawan. Tolong, jangan! sesekali pilih jurusan dengan cara ni, sebab alam universiti dan sekolah berbeza. Tabiat 'follow' kawan-kawan ni sangat tak relevan. 

Pilih lah 'course' yang bersesuaian dengan minat korang, sebab bila korang minat korang akan habiskan 'course' ni dengan bersungguh-sungguh, korang akan hadam & faham setiap ilmu yang diajar dengan rela hati.  Kira minat ni akan jadi 'wow factor' untuk korang berjaya di universiti. 

Lagi best kalau korang pilih course yang boleh 'cetak duit' untuk korang di masa akan datang, wujud ke jurusan yang macam ni? Ada! Antaranya, rekaan fesyen, fotografi, seni, kulinari dan juga jurusan-jurusan bidang professional yang menawarkan peluang pekerjaan yang luas seperti IT. Sebab hampir semua syarikat akan ada IT technician mereka sendiri, nak-nak lagi zaman 'internet tanpa sempadan' macam sekarang ni. 

Nampak tak kepentingan pemilihan jurusan yang betul di universiti, merupakan kayu ukur betapa luasnya peluang pekerjaan akan terbuka untuk korang? Sebelum korang buat keputusan tu sebaiknya korang kaji dulu sedalam nya mengenai jurusan itu dan buat keputusan samada ia sesuai atau tak!

 

Pilih 'course' bermanfaat tambahan.

Course bermanfaat tambahan tu macam mana? Haa.. ni ramai yang terlepas pandang! Ingat bila dah kerja je ke korang boleh dapat manfaat tambahan? Masa belajar pun boleh tau! Cuma korang kena bijak membuat keputusan semasa pemilihan 'course' je. Sebaiknya, pilihlah course yang membolehkan korang untuk 'cross-career'. Apa benda pulak 'cross career' bagai ni? Tak paham lah! 

Meh sini nak kasi paham, 'cross career' adalah jurusan-jurusan yang membolehkan korang 'jump' dalam bidang kerja yang kadang tak berkaitan pun, tapi disebabkan skill yang hampir sama jadi korang boleh dapat tempat untuk isi posisi kerja tu.

Contohnya macam bidang 'Mass Communication' ia tak terhad hanya kepada bidang media sahaja, tak semestinya ambil 'masscom' je korang wajib jadi wartawan. Ini pandangan yang dangkal ye! Ramai tak tahu, bila korang masuk bidang komunikasi korang juga boleh kerja sebagai pegawai perhubungan awam (public relation), boleh juga kerja sebagai perunding khidmat pelanggan (customer servis), kalau korang 'power' editing korang pun boleh jadi pereka website, pereka kulit depan majalah dalam bidang periklanan (advertising).

Nampak tak macam mana untungnya kalau korang pilih jurusan yang ada 'cross career'. Kalau boleh biarlah jurusan tu membolehkan korang 'jump' lebih dari 2 industri. Nanti takde la peluang pekerjaan korang tu jadi sempit dan 'rigid' sangat kan?

 

Pilih 'Course' yang buka peluang 'Further Study'

'Tuntut lah ilmu dari buaian, hingga ke liang lahad.' Deep sangat kan pepatah ni, punya la nak tunjuk kat korang yang menuntut ilmu tu takde batasan umur. Jangan ingat bila korang dah masuk alam pekerjaan nanti, korang dah tak perlu sambung belajar lagi. Korang SALAH! kalau korang ada pemikiran yang macam ni, sebab sekarang ni setiap kekosongan pekerjaan dah diukur mengikut tahap pendidikan.

Dulu analogi nya begini, 'semakin tinggi tahap pendidikan, semakin tinggi gaji diperolehi.' sebab dulu tak ramai yang mampu masuk universiti, kira dah 'power' habis la kalau berjaya kemenara gading. Tapi sekarang tak lagi, keadaan dah semakin rumit sebab lambakan graduan yang pandai ni dah terlampau ramai. Jadi untuk menyerlah, korang kena kuasai kedua-duanya sekali iaitu pendidikan dan juga kemahiran.

Analogi yang relevan di masa kini ialah 'semua orang ada degree, tapi tak semua orang ada phd.' So untuk korang 'stand out' daripada orang lain, korang kena ada apa yang orang lain tak ada. Pemilihan kos yang membolehkan korang sambung belajar di peringkat yang paling tertinggi sekali ni penting tau! Untuk buatkan korang ada ' extra value' kat mata majikan nanti!