Ramai yang tak tahu! Beberapa perkara ni, kalau kerap dilakukan di pejabat akan buat rakan sekerja 'jelik' dan yang paling teruk! akan memberi kesan kat prestasi kerja korang tau. Haa! Jaga-jaga, Nak tau apa perkara dahsyat tu? Jom baca ni!

by Haifa Nasir
Ramai yang tak tahu! Beberapa perkara ni, kalau kerap dilakukan di pejabat akan buat rakan sekerja 'jelik' dan yang paling teruk! akan memberi kesan kat prestasi kerja korang tau. Haa! Jaga-jaga, Nak tau apa perkara dahsyat tu? Jom baca ni!

Kalau badan dah mula rasa lemau dan tak sihat tu, lupa kan je la untuk pergi ofis. Sebab kalau korang pergi pun bukan korang boleh buat kerja kan. Kalau memang larat pun mungkin korang cuma hasilkan kerja yang tak berkualiti.
Jadi kalau korang sakit, adalah lebih baik untuk korang ambil mc duduk dirumah, makan ubat dan dapatkan rehat secukupnya. Bila dah sihat, baru la datang kerja semula okay!
.jpg)
Sampai je ofis belek muka.
Lepas keluar tandas belek muka.
Masa terluang sikit, belek muka.
Lepas lunch belek muka.
Sibuk lahai dok tacap muka 24/7 macam dia sorang je yang ada 'muka' dan prihatin bab kecantikan ni. Sampai satu kerja apa pun tak boleh nak fokus dan buat dengan betul. Jangan macam tu! Korang datang kerja untuk cari rezeki kan, bukan untuk acah-acah jadi make up retis.
Bukan nya ada orang nak telek muka korang pun, diorang pun tak hingin weh! Plus kawan-kawan sebelah menyampah ada la. Sibuk sangat dok belek muka korang tu tapi kerja tak jalan kemana. Boleh, kalau nak sentiasa jaga penampilan diri, tapi biarlah berpada-pada ye.

Waktu makan tengahari adalah masa yang paling sesuai untuk korang 'rapatkan bonding' dengan rakan sekerja. Masa ni lah korang boleh rasa sedikit relaks dan 'paused' sekejap masalah-masalah kerja yang dihadapi.
Tapi kalau selalu sangat keluar lunch dengan orang yang sama ia akan bagi impak buruk dekat korang tau. Kenapa? Sebab korang akan terlihat macam ada 'kroni' dan berpuak-puak.
Apa salahnya, sekali sekala korang keluar makan dengan rakan lain pula, ramahkan mulut untuk mengajak rakan lain lunch bersama korang. Selain boleh buat connection baru, korang juga dapat topik baru untuk dibincangkan. Takde la asik cerita perkara yang sama je. Bosan kot!

Benda ni memang selalu berlaku kat opis, nak-nak lagi kalau korang memang sejenis yang susah nak mengawal perasaan bila dimarah oleh bos sebab tugasan yang korang buat tak dapat memuaskan hatinya atau menerima khabar yang kurang menyenangkan seperti kematian dan berita buruk menimpa orang terdekat. Mesti air mata laju je nak mengalir bak 'empangan pecah'.
Bukan nak suruh korang gigih sangat tahan air mata tu, tapi seeloknya kalau korang rasa nak menangis. Carilah ruang tersembunyi atau bukan dikhalayak ramai. Contohnya, menangis la kat dalam tandas atau surau.
Sebab, khuatir kalau korang biarkan orang lain tengok korang berlinangan air mata, korang akan jadi buah mulut ramai. Bos pun mesti tak yakin untuk biarkan korang handle tugasan-tugasan yang lebih besar sebab nampak sisi 'rapuh' dan dah tau kelemahan korang.

Tolonglah elakan perkara ni, kalau korang bosan macam mana sekali pun! Tolong jangan bersosial di tempat kerja. Tau la wifi dekat opis jarang mengecewakan. Tapi perkara ni akan buat korang nampak macam tak jujur ketika bertugas. Asyik nak mengular dan mengelat je kerja nya. Lagi haru kalau time korang tengah melayari laman sosial ni bos lalu kat sebelah dan korang pulak tak perasan. Aduhai! Masak la dibuatnya.

Masuk kerja tak pernah 'on-time' bila dah masuk kerja dia terus 'online'. Amboi! Amboi! Amboi! Ni motif datang kerja untuk apa sebenarnya? Cuba fikir semula tujuan asal korang datang kerja, nak cari rezeki kan. So kena la ada disiplin, patuhi masa kerja yang ditetapkan. Sebab bila korang selalu sangat lewat bos akan anggap yang korang ni culas dan tak boleh di harap tau!