6 'Barang Hot' Ni Korang Wajib Ada Untuk Kerja Pada Tahun 2019!
# Pengetahuan Pekerja

6 'Barang Hot' Ni Korang Wajib Ada Untuk Kerja Pada Tahun 2019!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 16, 2018
pada 9:06 AM

Korang nak melangkah kealam pekerjaan tahun 2019? Dah cukup ke segala persiapan untuk memulakan hidup sebagai seorang 'career man or career woman'. Hmm.. Kalau belum 6 'hot-stuff' ni wajib ada dalam wardrobe korang tau! Untuk bantu korang tampil lebih kemas, bergaya dan up to date di pejabat. Jom tengok barang apa yang 'hot' sangat tu?

1. 'White Blouse & White Formal Shirt'

     

Ramai yang takut untuk beli baju putih, sebab takut cepat kotor nak-nak lagi kalau korang memang jenis clumsy dan selalu sangat kotorkan baju. Tapi korang tau tak baju putih ni akan melambangkan korang seorang yang pembersih dan kemas. Plus kalau korang pakai baju putih, orang tengok korang sejuk je mata memandang. Warna putih memberi aura positif kepada si pemakai & aura ketenangan bagi orang yang melihat. Ni sedikit tips, kalau korang pakai baju putih pergi interview ia akan jadi salah satu faktor korang mudah dapat kerja tau!

 

2. 'Tailored-Pants'

     

Tailored Pants ni memang in trend sangat tau! Dan korang wajib ada item ni dalam wardrobe untuk digayakan ke tempat kerja. Sebab tailored pants ni comfy teruk dan juga dia tak gelebeh bila di pakai. Mostly tailored pants direka ngam-ngan dan bersesuaian dengan figura manusia sebenar. Sebab tu bila korang gayakan tailored pants ni akan nampak helokkk terletak je chuolls!

3. Blouse & Kemeja Motif Floral

 

Kemeja floral dengan warna asas putih polos ni akan buatkan mood kerja korang sedikit santai, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya 'less-formal'. Untuk memberi lebih keselesaan kat korang, pilihlah baju bercorak floral yang diperbuat menggunakan 100% kain cotton asli . Sebab macam yang kita tau, kain cotton ni adalah salah satu kain yang mempunyai penyerapan peluh yang baik.

4. Tas Tangan Kulit

     

Ni pun korang kena ada, tas tangan kulit untuk bantu korang lebih 'organize' takde la barang korang bersepah di sana sini. Boleh susun semuanya elok-elok dalam tas tangan ni, lagipun tas tangan yang dibuat daripada kulit ni tahan lasak. Lanyak la macam mana pun, susah nak koyak tau! Jadi item ni 'must have' baik untuk lelaki atau perempuan.

5. Aksesori Pelengkap Gaya Minimalis

     

Untuk korang yang culas, selalu je terlambat dan out of track bab masa. Korang kena lengkapkan gaya pejabat korang dengan aksesori minimalis yang bermanfaat macam jam tangan ni, nanti takde la asyik terlewat je masuk meeting atau jumpa client. Sebab jam ni boleh bantu korang keep time back on track!

6. 'Classic Stilletto' & Kasut Sarung Formal

     

Sesetengah kaum percaya bahawa kasut yang baik akan membawa korang ke tempat yang baik. Kira macam bawa tuah lah gitu. Tapi bila masuk bab kerja, korang sebenarnya kena cari kasut yang selesa untuk korang pakai dan bergerak. Cantik atau tak sepasang kasut tu hanyalah bonus. Utamakan keselesaan dulu ye!

Kalau korang dah ada kesemua item 'panas' ni, makna nya korang dah well prepared untuk melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 2019! Kalau belum ada, cepat-cepat lah dapatkan ye, mana tau boleh beli banyak barang masa sale hujung tahun ni, dengan duit bonus yang korang dapat. Gaya baru di tahun baru gitu!