

by Haifa Nasir

Di alam mimpi, memburu kerjaya prosesnya kelihatan sangat mudah! Korang cuma hantar pemohonan kerja, tunggu jawapan syarikat lepas beberapa hari, hadir temuduga dan poof! Korang ditawarkan kerja! Tapi dialam nyata ianya tak semudah yang disangka ye, ada pelbagai proses rumit yang terpaksa korang lalui sebelum ditawarkan sesuatu pekerjaan.
Kadang-kadang terpaksa pergi interview tanpa dapat bersedia sepenuhnya pun. Macam mana nak buat ye kalau dapat panggilan interview dalam tempoh masa singkat? Baca ni untuk penjelasan lebih lanjut!
1. Study & kaji mengenai latar belakang syarikat
Perkara pertama yang korang boleh buat ialah, korang study dulu background syarikat yang korang nak hadir interview tu. Sebab, bila korang dah kenalpasti latar belakang syarikat tu korang ada idea nak bercakap masa interview nanti. Takde la sesi interview tu jadi krik.. krik.. sangat kan? Lagi pun kalau korang gemuruh lepas tu nak goreng je bila ditanya tentang pengetahuan syarikat, korang boleh la goreng dengan bermaklumat. Takde la nampak noob sangat kat situ!
2. Semak job description sekali lagi
Lepas tu perkara kedua yang korang boleh buat ialah, korang baca balik bidang tugas yang korang kena penuhi, faham dan hadamkan. So bila interviewer tanya, jawapan korang nanti takde la tersasar jauh. Sebab dekat job description tu diorang dah bagi key penting siap-siap untuk korang faham mengenai tawaran kerja tu. Bukan saja-saja letak job description tu panjang-panjang tau!
3. Rujuk Persediaan Resume
Selain tu, jangan terlupa pula untuk persiapkan resume korang sebelum korang pegi temuduga. Susun sesiap lampiran-lampiran yang diperlukan, pastikan segala salinan sijil-sijil dah lengkap. Kalau boleh susun la dalam satu fail supaya lebih nampak teratur dan kemas. Nanti takde la bersepah-sepah masa korang dah kelam kabut gabra nak pergi temuduga tu.
4. Sediakan latar belakang kejayaan
Yang ni sebagai point back up kalau korang dah tak tau nak cakap apa bila tengah interview nanti, boleh lah korang ceritakan sikit latar belakang kejayaan yang pernah korang kecapi sebagai wow faktor kat interviewer tu nanti. So ada la markah lebih untuk menyerlah dan buktikan yang korang ni layak nak isi jawatan kosong tu. Sape tau asbab dari kejayaan silam korang ni korang akan ditawarkan bekerja. Haa!