Kajian Saintifik 'Reveal' Kebaikan Teh Microwave Vs Teh Konvensional Yang Ramai Tak Tahu!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kajian Saintifik 'Reveal' Kebaikan Teh Microwave Vs Teh Konvensional Yang Ramai Tak Tahu!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 18, 2018
pada 12:43 AM

Korang pernah dengar pasal teh microwave? Kebaikan teh 'microwave' pernah diwar-warkan dahulu, yakni mempunyai banyak manfaat dan terbukti lebih sihat berbanding secawan teh yang dijerang.

Namun, masih ramai yang tidak tau perihal ini dan masih ramai penggemar teh yang memilih untuk menyediakan teh dengan cara konversional dan tidak menyediakan nya menggunakan ketuhar gelombang mikro.

 

 

Teh microwave mula mendapat perhatian apabila terdapat seorang personaliti tv terkemuka di United Kingdom, dikecam hebat apabila menggunakan ketuhar gelombang micro semasa mnyediakan secawan teh.

Pakar penambah nilai produk semulajadi, Dr. Quan Vuong dari Newcastle Universiti di New South Wales, Australia. Giat menjalankan satu kajian berkaitan isu yang dibangkitkan ini, untuk memastikan keberkesanan penyediaan teh menggunakan microwave seperti yang dianjurkan oleh personaliti terkemuka itu.

Dapatan kajian mengesan komponen yang terpenting di dalam teh hijau dan hitam. Direkodkan, bahawa penyediaan teh menggunakan microwave akan membuat penggemar teh menikmati 80% caffeine, theanine dan polyphenol yang hanya dapat diaktifkan sekiranya menggunkan teknik 'microwave' ini.

Penghasilan asid amino semestinya memberi ketenangan, manakala polyphenols, yang juga ditemui di dalam coklat gelap, adalah antioksidan yang berkaitan dengan merawat penyakit.

Tambahan rasa teh yang telah di microwave juga terbukti lebih sedap! Berbanding teh yang disediakan mengikut kaedah konvensional.

 

Berikut adalah cara penyediaan teh 'microwave' yang lebih mudah, sihat dan enak untuk dinikmati.

  1. Guna air panas di dalam cawan dan teabag.
  2. Panaskan di dalam microwave selama 30 saat.
  3. Biarkan seminit.

Mudah disediakan, jimat masa, lebih sihat dan sangat sedap untuk dinikmati! Selamat mencuba chuoulls.