3 'Soalan Maut' Ni Kalau Korang Boleh Jawab Masa Temuduga, Confirm Dapat Kerja! Baca Ni
# Pengetahuan Interview

3 'Soalan Maut' Ni Kalau Korang Boleh Jawab Masa Temuduga, Confirm Dapat Kerja! Baca Ni

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 23, 2018
pada 12:11 AM

Penemuduga tak suka-suka tanya 'Killer Question' kat calon tau, sebenarnya ada sebab kenapa korang diberikan soalan-soalan menguji minda ni. Salah satunya untuk melihat daya pemikiran korang dan cara korang selesaikan masalah. Ini antara 'killer question' yang mungkin ditanya semasa temudga, dan cara korang patut respons untuk dapatkan kerja tu. Jom baca!

1. Apakah contoh yang menunjukan seseorang itu pekerja yang baik atau sebaliknya?

Korang patut jawab:

Perkerja yang baik contohnya, jika seseorang memegang jawatan sebagai bos. Dia sering meredah diri dalam setiap tindakan nya, dan selalu merasakan bahawa dia juga salah seorang pekerja. Tidak suka untuk menekan orang bawahan dengan kuasa veto yang ada padanya. Contoh lain, seperti eksekutif yang tak benarkan orang lain gunakan tempat letak kereta nya walaupun dia sedang bercuti. Sikap 'seperiority' dikalangan pekerja macam ni adalah contoh pekerja yang tak baik.

Manakala, bos yang baik adalah bos yang mempunyai sifat 'human-centered' yang selalu mempunyai visi 'Aku bos, aku prihatin tentang orang bawahan aku dan juga mempunyai sifat baik hati, empati dan mengamalkan hubungan dua hala antara pekerja.

2. Apakah yang terjadi kepada pekerja jika kitaran perniagaan syarikat teruk atau kemerosotan ekonomi berlaku?

Korang patut jawab:

Korang patut ceritakan jika perkara ni berlaku kepada korang, dan akibatkan korang kehilangan kerja. Cuba beritahu penjelasan details mengenai kesan inflasi ekonomi kepada korang sebagai pekerja  dan beritahu interviewer langkah-langkah yang akan korang ambil untuk survive dan selesaikan permasalahan 'unemployed' korang tu. KAlau boleh bagi jawapan-jawapan yang positif dan optimis. Tunjukan insiatif yang akan korang ambil.

Sebab sebenarnya, interviewer sedang menguji kemahiran korang menyelesaikan masalah dan juga kritikal thinking sekirangya korang tiba-tiba diberikan tugas yang diluar kemampuan korang. Macam mana korang hadapinya.

3. Pada pendapat anda, apakah kesilapan yang selalu dilakukan oleh management dalam konteks layanan pekerja?

Korang boleh ceritakan pasal layanan syarikat yang tidak adil kepada pekerja. Perkara-perkara yang korang tak puas hati berkaitan pengurusan syarikat dan jangan lupa untuk cadangkan cara untuk pihak pengurusan improve kelemahan dan kesilapan mereka tu. 

Bagi la idea-idea yang bernas dan masuk akal untuk dilaksanakan. Jangan bagi idea yang susah untuk direalisasikan pula.