Seriously Dengan 1 Teknik 'Wow' Ni Je, Terus Korang Dapat Panggilan Temuduga Weh!
# Pengetahuan Interview

Seriously Dengan 1 Teknik 'Wow' Ni Je, Terus Korang Dapat Panggilan Temuduga Weh!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 25, 2018
pada 12:10 AM

Ramai antara kita yang struggle untuk memburu pekerjaan yang semakin hari semakin susah kan? Korang sedar tak yang aplikasi permohonan kerja online sebenarnya lagi menyusahkan ada la. Ia juga merupakan penghalang utama untuk meloloskan diri ke peringkat temuduga. 

Kajian menunjukan hanya 3% peratus je weh, kemungkinan untuk korang di panggil hadir temuduga apabila menggunakan aplikasi permohonan kerja atas talian ni. Benda ni jadi sebab, proses permohonan kerja atas talian ni memang di design untuk menapis calon yang benar-benar berkualiti je untuk disenarai pendek. Selebihnya kena tendang bulat-bulat. 

Kadang calon yang kena tendang tu bukan semuanya teruk, ada je yang helokkk. Tapi mungkin ada kekurangan sedikit berbanding calon yang berkualiti. Jadi kalau korang betul-betul nak dapatkan kerja idaman korang, korang kena menyerlah lebih daripada orang lain untuk senang dapat panggilan temuduga. Satu cara je untuk korang menyerlah, baca ni!

Kuasai Teknik Pencarian Kerja Online!

Korang nak dapat banyak panggilan temuduga? Ni je yang korang perlu buat sebenarnya! Kuasai teknik pencarian kerja atas talian, dengan menjadikan pencarian kerja korang tu lebih sosial. Contohnya, korang kena selenggara balik profil pencari kerja korang kat Linkedin yang dah kepam berhabuk tu. 

Korang kena set semula profil korang tu supaya lebih mudah untuk recruiter cari & hubungi korang sekiranya ada kekosongan jawatan yang sesuai untuk korang isi. Selain itu, korang kena senaraikan dan kenalpasti syarikat yang korang minat untuk kerja, lepas tu buat connection dengan syarikat tu. Follow la page syarikat tu, lepas tu turn on notifications untuk korang tahu dengan cepat sekiranya ada peluang-peluang kerja.

Gunakan juga media sosial korang macam Facebook, Instagram,Twitter sebab kebanyakan syarikat akan update jawatan kosong dekat sini. Nak lagi senang, follow terus profil syarikat-syarikat ni rapat-rapat, rajinkan diri untuk sentiasa follow up update terkini syarikat. Jangan cuma nak follow laman infortainment yang penuh dengan gosip dan makcik pakcik bawang je. Memang tak membantu langsung la. 

Ada je kekosongan apply laju-laju, jadi korang antara calon terawal yang recruiter akan semak. Tapi sebelum korang apply kerja kat mana-mana company korang kena buat 5 perkara penting ni dulu.

1. Selidik Latar Belakang Syarikat

Kalau korang dah puas kaji dan selidik latar belakang syarikat, korang mesti akan jumpa post syarikat berkaitan suasana kerja di sana, Kata-kata positif daripada pekerja yang kerja kat sana, gambar aktiviti syarikat dan sebagainya jadi korang pun akan tededah dengan maklumat syarikat lebih dalam kan? Inilah yang di panggil 'employee brand' dan benda ni akan buat korang paham calon yang bagaimana yang syarikat tu perlukan.

2. Tanya Diri Dengan Jelas Kenapa Korang Nak Bekerja Di Syarikat Ini

Soalan temuduga yang paling asas ialah 'Kenapa anda nak bekerja disini?' Tapi ramai sangat yang bagi jawapan salah dan tak meyakinkan. Korang rasa kenapa? Sebab utamanya adalah diorang gagal untuk selitkan motivasi apa ataupun turning point apa yang buatkan diorang layak untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan tu.

3. Tanya Soalan Yang Korang Tak Pasti Dekat Page Syarikat

Nak lagi menyerlah, korang juga digalakan untuk tanya perkara-perkara berkaitan syarikat yang korang tak faham. Contoh soalan yang korang boleh tanya macam ni, 'Seronok ke kerja kat sini?' atau 'Apa yang anda suka bekerja di syarikat ini?' Sebab orang yang akan jawab soalan korang ni selalunya pengurus sosial media. Bila diorang dah bagi respon, boleh la korang masuk jarum pelan-pelan dengan tanya soalan 'Ada tak cadangan bagaimana saya boleh berurusan dengan hiring manager?' Gitu.

4. Share Post Syarikat & Tinggalkan Komen Membina Lagi Murni 

Kebanyakan syarikat ada laman sosial media sendiri, dan ini la platform mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan. Selalunya diorang akan buat posts dan reply comment, so korang pun kena la rajin tinggalakan komen dekat post syarikat yang korang nak kerja ni. Supaya diorang sedar kewujudan korang. Lagi kerap korang komen, lagi cerah peluang korang untuk dapat panggilan temuduga.

5. Jangan Biarkan 'Online Application' Kuasai Hidup Korang

Kalau korang nak dapatkan pekerjaan baru, adalah lebih baik korang paham dan hadam teknik ni sebab sejujurnya lagi mudah urusan permohonan kerja atas talia korang lepas ni. Kajian menunjukan kebanyakan pekerja mendapat pekerjaan daripada 'reccomendation & referral', jadi bina lah peluang korang sekerap mungkin untuk buat connection yang baik dengan syarikat serta orang di dalamnya, sebab bila-bila masa je korang mungkin akan ditawarkan peluang kerja.

Kalau korang dah buat semua perkara ni, petik jari je korang akan dipanggil temuduga weh! Selamat mencuba.