Korang Dengar Je Ayat Ni Masa Temuduga, Jangan Fikir Lagi Terus 'Angkat Kaki' Weh!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Korang Dengar Je Ayat Ni Masa Temuduga, Jangan Fikir Lagi Terus 'Angkat Kaki' Weh!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 25, 2018
pada 3:23 AM

Temuduga kerja bukan hanya peluang syarikat untuk menilai korang, tapi juga merupakan peluang korang untuk menilai syarikat tau! Jadi kalau korang dengar je ayat macamni masa keluar daripada mulut penemuduga, mungkin korang patut fikirkan semasak-masaknya untuk membina kerjaya di situ. Awas!

1. 'Anda Bujang, Berkahwin atau Dalam Perhubungan?'

Soalan peribadi macam ni berkemungkinan menunjukan yang penemuduga itu, atau (mungkin juga keseluruhan pengurusan syarikat) tidak menghormati hak korang sebagai pekerja. Kalau sekarang pun soalan dah melampaui batas, apa lagi bila korang dah mula bekerja nanti, mungkin diorang juga akan mencampuri urusan peribadi korang dikemudian hari.

2. 'Anda Pasti Anda Nak Berkerja Di Sini?'

Kalau penemuduga tanya macam ni, nampak sangat yang dia pun takde semangat nak kerja kat situ, kemungkinan untuk korang tak gembira dan bermasalah untuk bekerja kat syarikat macam ni adalah tinggi. Jadi balik dan fikir semasaknya untuk buat keputusan kerja kat situ okay?

3. 'Apa Pendapat Anda Tentang Saya?'

Mungkin korang rasa soalan ni sengaja ditanya untuk menguji daya berfikir korang, tapi sebenarnya kalau penemuduga bertanya soalan macam ni dia sebenarnya bersifat narsisitik yang akan menyusahkan korang dalam diam nanti. Jaga-jaga tau.

4. 'Bagus! Anda Diterima Bekerja.'

Wah! bila dengar je ayat ni mesti korang senyum sampai ketelinga kan? Jangan telampau eksaited okay, sebab tawaran kerja yang mendadak dan segera macam ni menunjukan samada syarikat tersebut (i) Terdesak nak pakai orang, (ii) Tak terlalu memilih. Mungkin juga menunjukan yang diorang ni xdpt kerjasama yang baik dari hiring firm.

5. 'Saya Takde Peluang Untuk Semak Resume Anda.'

Bayangkan korang dah berusaha menyiapkan kelengkapan interview dan berusaha untuk datang interview dengan pakaian yang rapi, sanggup naik bas pepagi buta semata-mata nak datang interview, tapi interviewer tu tak amek kisah pun dan tak nak luangkan masa langsung membaca resume korang yang hanya sehelai kertas cuma. Lupakan je lah weh!

6. 'Sekejap Ye.' Sambil Sibuk Main Phone.

Kalau penemuduga ni biadap macam ni, sesuka hati je nak cut off masa sesi temuduga. Confirm bila korang dah kerja nanti, korang tak kan dihormati. Korang akan dapat layanan yang sama atau lebih teruk!

7. 'Maaf, Saya Terlambat. Boleh Kita Lakukan Sesi Temuduga Sekarang?'

Amboi! Kalau korang yang lambat datang temuduga diorang akan anggap yang korang ni calon yang tak serious dan sambil lewa, walaupun diorang mempunyai tugas dan kesibukan yang berbeza dari korang. Tapi apa yang membuatkan mereka layak untuk tak menghormati masa orang lain?

8. 'Orang Yang Bakal Anda Gantikan Tempatnya Ni Sangat Teruk!'

Kalau interviewer tiba-tiba menjoyah macam ni masa temuduga, nampak sangat yang dia bukan seorang yang professional. Bila ada stigma 'bawa mulut' atau 'mulut longkang' macam ni jelas dan nyata korang bakal dipersalahkan untuk setiap perkara yang bermasalah dalam syarikat kelak. Lagipun lepas je korang chow lepas sesi temuduga nanti, tak mustahil korang pula jadi topik hangat untuk diorang membawang.

Tak payah la korang fikir lagi kalau korang dengar soalan-soalan macam ni masa temuduga ye. Terus je angkat kaki dan cari kerja lain