Nak jadi calon yang sentiasa berjaya mencuri majikan?

by Haifa Nasir
Nak jadi calon yang sentiasa berjaya mencuri majikan?
Mudah je! Amalkan 5 cara ni sebelum korang pergi temuduga, confirm majikan berebut-rebut mahukan korang sebagai pekerja weh.
Jom semak!

Perkara wajib yang korang kena buat adalah kaji selidik terlebih dahulu maklumat serta latar belakang syarikat yang korang akan datang temuduga! Kalau korang tak buat perkara ni, korang akan memalukan diri sendiri dan hanya membuang masa untuk berbual kosong tanpa maklumat dan korang tak kan berjyaa membuat penemuduga berminat untuk ambil korang bekerja pun!
Kalau perlu korang juga boleh mencari maklumat yang berkaitan dengan latar belakang penemuduga korang tu. Tapi korang kena bijak gunakan maklumat ni semasa interview atau korang akan nampak menakutkan macam 'Stalker'

Pekerjaan yang korang apply juga penting! Korang kena pertimbangkan nya dengan baik. Betul ke korang nak memohon sesuatu jawatan tu? Ataupun korang hanya memohon sesuatu jawatan tu berdasarkan tawaran gaji semata-mata? Kalau hanya duit yang ada dalam fikiran korang, mampu ke korang untuk menghadap apakah 'Core value' syarikat tersebut dan bantu menyumbang kepada revenue syarikat?

Ambil la masa untuk membelek dan hadam resume korang. Sekurang-kurangya jika ditanya mengenai pengalaman yang dah korang listkan, boleh la korang jawab dengan penuh berkeyakinan dan tanpa tergagap-gagap.
Baru la penemuduga pun yakin sepenuhnya nak tawarkan korang kerja.

Kunci utama untuk korang berjaya dan menyerlah dalam sesi temuduga adalah mendengar setiap input yang diberikan oleh penemuduga, Di samping memastikan 'eye contact' yang istiqomah semasa korang berbicara. Eye contact memainkan peranan yang sangat penting tau! Sebab daripada mata korang akan mencerminkan diri korang yang sebenar-benarnya.

Apa yang korang perlu lakukan ialah tanya soalan yang dapat memberi impression yang baikm terhadap diri korang, dengan mengelak untuk bertanyakan soalan yang korang sendiri dah tau jawapan nya.
Tanya la soalan yang boleh menunjukan korang mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi sebahagian daripada syarikat itu, dan bagaimana korang boleh bantu diorang untuk lebih berjaya.
Dengan bertanya soalan juga korang akan satu langkah kedepan berbanding calon lain tau, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyerlah ni dengan sia-sia tau! Tambahan korang juga akan lebih terdedah dengan suasana sesuatu syarikat tersebut sebelum korang memutuskan untuk menceburi nya.