Woohoo.. Alhamdulillah, minyak turun weh!
![[Terkini] RON95 & RON 97 Turun Harga Mulai 12 Malam Ni!](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2019/01/20190104055535-big.png)
by Haifa Nasir
Woohoo.. Alhamdulillah, minyak turun weh!
Berkat hari jumaat yang penuh barokah ni, rezeki yang tak dijangka untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia.
Jom isi minyak malam ni!

Menurut sumber daripada akhbar temapatan terkemuka harian metro, hari ini kerajaan telah menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 pada RM2.23 seliter berkuatkuasa pada 12 tengah malam (5 Januari) sehingga 11 Januari depan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, mesyurat bersama ahli jemaah menteri yang berlangsung pada 2 Januari lalu telah mencapai keputusan muktamad dan akan dilaksanakan pada 12 malam ini!
Kerajaan juga telah memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
'Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).' Tambahnya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Guan Eng turut menyatakan bahawa harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.
Lim berkata, pengumuman harga runcit akan dibuat pada setiap hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.
Jangan lupa isi minyak malam ni tau korang! Sementara tengah murah ni. Nanti kalau naik balik menyesal.