Warga KL & Sabah, Jom Sambung Belajar Tanpa Berhutang 100% Ditaja! Elaun RM 1,200++ & Hostel Tersedia!
# Jenis Pekerjaan

Warga KL & Sabah, Jom Sambung Belajar Tanpa Berhutang 100% Ditaja! Elaun RM 1,200++ & Hostel Tersedia!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 21, 2019
pada 4:42 AM

Warga Sabah & KL, jangan lepaskan peluang istimewa ni untuk belajar secara PERCUMA di KL! Ini bukan scam! Temuduga akan diadakan di dua lokasi iaitu Sabah & Semenanjung di area Kuala Lumpur.

Seperti yang korang tahu, kebanyakan program sambung belajar yang ditawarkan datang dengan pakej yuran pembelajaran yang agak mahal terutamanya Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Kalau takde RM10K keatas jangan mimpi la korang diterima sebagai pelajar. 

Kalaupun diterima korang akan menanggung beban hutang yang banyak diusia yang muda! Sebab korang terpaksa buat pinjaman PTPTN. Lepas tu bila korang habis belajar dapat je kerja terus kena jadi hamba duit. Kerja untuk langsaikan segala hutang piutang tu dulu. Kalau tak dapat kerja lagi haru dibuatnya! Sape yang nak bayarkan hutang korang tu?

Sebabkan kekangan yang dihadapi, ramai antara anak muda hari ni membantutkan niat sambung belajar sebab yuran yang mahal menjadi penghalang utama! Tapi sekarang tak lagi weh! Sebab kalau korang daftarkan diri untuk mengikuti program SLDN ini, korang akan ditaja 100% oleh McDonald's Tak perlu bayar satu sen pun weh!

Program belajar secara percuma yang dinamakan Perantis SLDN ini ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia daripada 17 tahun keatas. Ada lepasan PMR je pun boleh join! Korang akan sambung pengajian di sekitar ibu kota Kuala Lumpur je!

Bukan yuran je percuma, makanan pun ditanggung secara PERCUMA sepanjang proses pembelajaran tau. Tak perlu susah-susah buat kerja part time untuk tampung duit perbelanjaan harian. Siap dapat elaun bulanan sebanyak RM1,200++ lagi. Oh, di sini turut disediakan hostel tau. Haa, tak perlu risau tentang tempat tinggal lagi!

Apa lagi sebab lain untuk join Program SLDN selain yuran FREE?

  • Dapat Elaun RM1,200 Setiap Bulan!
  • Hostel FREE
  • Makan FREE
  • Yuran 100% FREE
  • Confirm dapat kerja lepas tamat belajar
  • Dapat Belajar Skills Yang MAHAL Untuk Masa Depan
  • Hanya Dengan Lulusan PMR & Keatas Dah Boleh Join

 

Pelajar Perantis SLDN

McDonald's Cawangan KL

(Elaun sehingga RM 1,200 | Yuran & Hostel PERCUMA! | Sijil SKM 2 & 3 Disediakan)

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • PMR / SPM
  • Berumur 17 tahun dan keatas.
  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan.
  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

 

Tanggungjawab

Program Perantis SLDN (Sistem Latihan Dual National):

  • Program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) :

SKM tahap 2 dan 3

  • Program yang ditawarkan: Penyediaan Makanan Dan Layanan

Fasa Latihan Perantis SLDN

  • Minima latihan dan kursus selama 18 bulan
  • Mempelajari lebih mendalam mengenai penyediaan makanan & layanan
  • Mempelajari selok belok dalam pentadbiran

 

Manfaat tambahan

  • Elaun bulanan diberikan sebanyak RM1,200++
  • Hostel disediakan
  • Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran
  • Faedah Perubatan dari Klinik Panel
  • Pelindungan Insuran
  • Kursus Keselamatan Makanan
  • Suntikan Typhoid
  • Sijil SKM tahap 2 dan 3*

*akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus

 

Lokasi Temuduga

Sabah & Semenanjung (Sekitar KL)

 

Lokasi Menyambung Pengajian

Sekitar cawangan Kuala Lumpur & Selangor

 

 


 

Peluang macam ni jarang datang guys!

Belajar ditaja PERCUMA! Siap bagi 'duit poket' RM 1,200++ lagi setiap bulan.

Mana nak dapat weh peluang macam ni?

Rugi sangat kalau korang lepaskan!