

by Haziqah Muhamad
Ungkapan ini merupakan salah satu moment indah yang pastinya sukar untuk rakyat lupakan tentang Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V. Video yang merakamkan kata-kata spontan Sultan Muhammad V itu dibuat ketika mempersilakan semua Anggota Dewan Rakyat duduk sebelum baginda bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pada 17 Julai 2018.
Titah yang penuh spontan dan bersahaja itu menyebabkan suasana di dalam dewan menjadi gamat seketika dan video tersebut akhirnya viral di media sosial.
Video yang pernah viral di media sosial
Sudah tentu moment ini sukar untuk dilupakan oleh rakyat di samping dengan keperibadiannya yang terkenal sebagai Agong yang mesra rakyat. Oleh sebab itu, pengumuman tentang perletakan jawatan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang berkuatkuasa 6 Januari 2019 lalu sudah tentu mengundang rasa sedih dan hiba dalam kalangan rakyat jelata.
Sultan Muhammad V sering dilihat dalam beberapa majlis termasuklah melawat orang sakit, membantu fakir miskin dan banyak lagi tanpa menghiraukan status dan batasnya sebagai seorang Raja.



Program ini sentiasa mendapat sambutan rakyat di negeri Kelantan kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Sultan Muhammad V.



Ingat lagi gambar yang pernah viral tentang Sultan Muhammad V di mana baginda pergi membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi. Apa yang lebih membuatkan ramai rakyat jelata kagum apabila Baginda sanggup turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring. Bahkan, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat seperti 'orang biasa' ketika membantu mangsa banjir.


Sikap Sultan Muhammad V yang amat bersahaja dan tak gemarkan protokol sentiasa mendapat perhatian rakyat. Beberapa video Baginda pernah viral di mana Baginda hanya berkaki ayam dan mengambil jalan pintas tanpa melalui karpet merah.