Kedudukan Mana Korang Akan Pilih Kalau Duduk Dalam 'Meeting Room?' Ini Jawapannya...
# Gaya Hidup

Kedudukan Mana Korang Akan Pilih Kalau Duduk Dalam 'Meeting Room?' Ini Jawapannya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 29, 2019
pada 8:46 AM

Korang mesti pernah ada pengalaman menghadirkan diri dalam mana-mana meeting di tempat kerja, kan? Bila korang masuk bilik meeting tu, antara perkara yang korang ambil kira mestilah tempat duduk dalam bilik tersebut. Satu, korang pilih sebab nak duduk dengan selesa. Kedua, ada yang memilih tempat yang kurang strategik dan ada yang tak kisah. Jadi, korang kategori yang mana?

 

Dalam meeting, korang suka duduk bahagian mana?

 

Jawapan 

A. Korang suka berada dalam kumpulan ekstrovert. Mempunyai kawan yang ramai dan connection yang luas. Walaupun korang tak suka bersendirian dan cepat berasa bosan, itu tak bermaksud yang korang tak boleh berdikari. Korang sangat berdikari dan tak suka bergantung dengan orang lain. 

 

B. Seorang yang emosional dan sering terbawa-bawa oleh perasaan dan emosi sehingga menyebabkan korang buat kerja dengan lambat dan cuai. Tapi kamu adalah seorang yang sangat baik!

 

C. Kamu sangat berdikari orangnya. Kamu tak suka bergantung atau mengharapkan bantuan orang lain. Bukan dengan kawan je, tapi dengan pasangan pun kamu tak suka menunjukkan yang kamu seorang yang manja dan terlalu bergantung dengan mereka.

 

D. Kamu mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Kamu mempunyai personaliti yang kuat, suka bergaul, suka mengambil inisiatif dan pantang menyerah kalah. Personaliti diri yang ada dalam diri kamu ni sering memberi inspirasi kepada orang di sekeliling!

 

E. Kamu seorang yang sangat rasional. Kamu akan berfikir terlebih dulu sebelum bercakap atau melakukan sesuatu. Disebabkan ini jugalah kamu jarang melakukan sebarang kesilapan. Kesimpulannya, kamu ni sering berfikiran logik dan bijak orangnya!

 

F. Kamu sejenis yang jenis tak ambil peduli tetapi seorang yang sangat baik hati. Kalau dengan orang yang kamu tak rapat, kamu tak mudah mesra dan lebih gemar mendiamkan diri. Tapi kalau dengan orang yang rapat, kamu terus bertukar menjadi bising dan sangat mesra.