'Income' Bawah RM2,300 Pun Boleh Beli Rumah Mampu Milik, Guna Dana Bank Negara Malaysia!
# Trending Semasa

'Income' Bawah RM2,300 Pun Boleh Beli Rumah Mampu Milik, Guna Dana Bank Negara Malaysia!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 21, 2019
pada 10:14 AM

Memiliki rumah sendiri sudah pastinya impian setiap individu, tak kiralah sama ada yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Selalunya kalau nak beli rumah ni, gaji kena berkepuk-kepuk barulah boleh pasang niat nak beli rumah, kan? Tapi percaya tak sebenarnya income serendah RM2,300 pun sebenarnya boleh memiliki rumah sendiri? Eh, macam mana?
 

 

Pada 2 Januari 2019 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan tentang penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah yang berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka. Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.

Pembeli rumah yang layak menerima dana ini boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

 

Kriteria & Ciri-Ciri Dana BNM Ini:

 

  • Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300;

  • Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000;

  • Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan

  • Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.

 

 

Untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut, boleh terus saja menghubungi BNMTELELINK: 1-300-88-5465