Bermula pada 1 Januari 2019 yang lalu, semua majikan dikehendaki untuk mendaftar pekerja asing yang diambil bekerja (kecuali pekhidmat rumah tangga) untuk perlindungan Skim Bencana Kerja (SBK) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Caruman skim ini ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan.


