Penerima Pencen Bawah RM1,000 Terima Bayaran Khas RM500 Esok!
# Trending Semasa

Penerima Pencen Bawah RM1,000 Terima Bayaran Khas RM500 Esok!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2019
pada 2:52 PM

Seperti yang pernah dibentangkan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November 2018 yang lalu, bayaran khas RM500 akan diberikan secara 'one-off' kepada penerima pencen di bawah RM1,000 mulai esok (20 Mac 2019). Menurut BH Online, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama-sama abatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sudahpun mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 bagi memastikan bantuan secara ‘one-off’ atau sekali beri ini dibayar kepada penerima pencen yang layak.

 

 

Hasil semakan mendapati seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 layak menerima bayaran bantuan berkenaan. 

Menurut JPA lagi, semakan telah pun dibuat secara menyeluruh menerusi pelbagai agensi. Antaranya termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemberian bantaun khas sebanyak RM500 ini adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan dan bantuan ini diharap dapat memberi keselesaan serta memenuhi keperluan semasa pesara kerajaan yang terbabit.

 


 

Bagi yang kurang jelas tentang pemberian bantuan khas ini, anda boleh terus saja hubungi talian 03-8885 4648/ 4432/4667 pada hari bekerja mulai jam 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.