[Uji Diri] - Perkara Pertama Korang Buat Masa Bangun Tidur 'Describe' Yang Korang Ni Seorang...
# Gaya Hidup

[Uji Diri] - Perkara Pertama Korang Buat Masa Bangun Tidur 'Describe' Yang Korang Ni Seorang...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2019
pada 4:45 PM

 

Bila korang bangun pagi, apa perkara pertama yang korang buat? Haa ini pun mempengaruhi personaliti diri korang tau. 

Ada yang pilih untuk terus sarapan terlebih dulu, ada yang bangun-bangun terus mandi, dan banyak lagi.

 

 

1. Gosok Gigi

Korang merupakan seorang yang santai, ceria, suka bergaul dan sangat disenangi ramai. Orang di sekeliling menganggap yang korang ni seorang yang baik dan mereka suka berkawan dengan korang tau!

 

2. Mandi

Korang merupakan seorang perfectionist dan sentiasa meletakkan standard yang tinggi dalam sesuatu perkara. Selain itu, korang juga seorang yang tegas, rajin, tidak gemarkan kekalahan. Bukan tu je, korang juga seorang yang sangat pentingkan masa dan kadang kala memerlukan waktu untuk bersendiri.

 

3. Workout

Ada tak yang bukak-bukak je mata, korang terus buat senaman ringan? Yang ni memang admin salute lah! Ini membuktikan yang korang ni seorang yang perfectionist dan mempunyai target serta prinsip hidup yang tinggi. Korang tahu apa yang diinginkan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya!

 

4. Sarapan 

Orang sekeliling menganggap yang korang adalah seorang yang sangat optimistik dan bersemangat dalam apa jua perkara yang korang lakukan. Korang tahu bagaimana untuk menikmati hidup dan have fun sepenuhnya. Personaliti inilah yang membuatkan korang ni sebenarnya seorang yang mempunyai positive vibes! 

 

Korang yang mana satu?