Zaman sekarang ni, semuanya dah mahal! Sampaikan nak kahwin pun ada yang sanggup batalkan hasrat dek kerana tekanan kos sara diri yang melampau sangat.

by Admin
Zaman sekarang ni, semuanya dah mahal! Sampaikan nak kahwin pun ada yang sanggup batalkan hasrat dek kerana tekanan kos sara diri yang melampau sangat.
Nak-nak, baru-baru ini kerajaan umumkan kenaikan gaji. Ada pula yang kata ramai pekrja bakal diberhentikan tak lama lagi. Fyh! Seram beb. Ekonomi gawat macam ni, tak ada kerja, macam mana nak sara anak bini?
Haa, kami ada jalan penyelesaiannya. Ikuti tips sempoi dari Amir Syahir ini. Bernas!

Gua respect habis lah pada bakal pengantin lelaki yang buat majlis kahwin tak guna pembiayaan peribadi ni dan juga tak minta bakal isteri untuk buat pembiayaan peribadi.
Lagi bertuah dapat isteri yang tak minta untuk buat majlis yang grand. Cukuplah setakat yang mampu. Sebab dia sedar kehidupan selepas kahwin itu lagi penting.
Bayangkan jika hantaran kahwin RM10K. Beli barang hantaran dalam RM2K. Kos perjalanan bagi yang berkahwin dengan orang jauh dalam RM1K.
Lepastu deposit rumah sewa untuk duduk bersama lagi selepas kahwin katakan dalam RM3K.
Bila dah duduk rumah sendiri, kena la sediakan barang keperluan untuk kemudahan bersama. Misalnya dapur, peti sejuk, mesin basuh, katil, tilam dan pelbagai lagi.
Jadi, paling kurang kena ada RM20K untuk memulakan hidup berdua.
Macam mana nak dapat RM20K tu? Yelakan, habis belajar kena bayar PTPTN, gaji pula ciput. Ada yang tanam anggur pulak tu. Pening kepala jugak nak cekau RM10K-RM20K untuk belanja kahwin.
Yang kaum gegadis tu kalau pakwe kau orang kerja kuat dan berusaha untuk kahwin dengan kau tu, cuba la bantu sekali. Simpanlah juga untuk tabung perkahwinan. Nak bahagia sama-sama tapi sorang je kena usaha kesian juga. Baru lepas belajar mana ada simpanan lagi kan. Saling membantu okay?
Setiap apa yang kita nak mesti perlukan pengorbanan kan?Jadi, sebelum kahwin ni, kena la bersusah-susah dahulu terutamanya lelaki la. Nak kumpul RM20K bukannya sesuatu yang mudah.
Antara cara dan langkah yang boleh dibuat untuk mencapai matlamat tersebut ialah :
***
1. Menyimpan
Bila dah kerja, mulakan menyimpan untuk kahwin. Walaupun masa tu kau belum ada calon isteri lagi pun. Tak rugi. Nanti bila dah jumpa calon boleh terus masuk meminang.
2. Pelaburan
Kau boleh gunakan pelbagai instrumen pelaburan untuk dapatkan pulangan dan kumpul duit kahwin. Pelaburan yang paling cepat ialah ASB Financing dan ia juga sebagai force saving bagi yang susah untuk menyimpan.
3. Tangguhkan Kehendak
Masa bujang ni, mesti rasa nak hidup mewah kan sebab tak ada komitmen. Tahan dulu kehendak tu. Kalau rasa nak pakai kereta import pun sabar dulu. Pakai kereta tempatan pun boleh sampai tempat kerja. Nak lagi jimat naik motor je.
4. Tambah Pendapatan
Kerja overtime. Orang cuti hujung minggu, kau kerja. Boleh juga buat kerja sampingan yang boleh menambahkan pendapatan. Misalnya jual secara online.
5. Gaya Hidup
Tak perlu ikut arus pemodenan sangat. Setiap bulan nak tukar telefon. Lepastu makan nak tempat mahal je. Baju pulak mesti branded. Tapi simpanan hampeh.
***

Lelaki yang kahwin tanpa berhutang hutang adalah lelaki yang nampak masa depan. Kalau kau orang senyum dan setuju pakwe kau berhutang untuk kahwin, nanti lepas kahwin dua-dua tanggung akibat. Anak dah tadika pun belum habis bayar hutang.
Kahwin secara sederhana itu lebih indah. Jangan ikut trend artis. Diorang semua ditaja.
Bagi yang sudah bertemu calon tu, jangan tunggu lama-lama. Segerakan pernikahan. Kalau nak bertunang, tak perlu lama. Dugaannya hanya Tuhan je yang tahu. Semoga keluarga yang dibina diberkati dan dirahmati Allah selalu.
Cepat-cepatlah kahwin jika dah jumpa pelengkap hidup kau orang. Rezeki makin murah, hidup lagi tenang dan tenteram.
Jangan asyik seronok pergi travel sana sini berdua je tapi tabung kahwin langsung takde. Nak cipta kenangan terindah bersama-sama konon. Akhirnya ambil keputusan untuk buat pembiayaan peribadi. Pakwe kau pinjam RM10K. Kau pinjam RM10K.
Siapa kahwin tak guna pembiayaan peribadi? Cerita sikit pengalaman kau orang untuk panduan anak muda. Kah!