Kepada kaki travel di luar sana mungkin ada yang masih belum mengetahui bahawa terdapat beberapa aplikasi berguna buat korang, kesemua aplikasi 'cool' ini boleh membantu mudahkan pengembaraan korang.

by Admin
Kepada kaki travel di luar sana mungkin ada yang masih belum mengetahui bahawa terdapat beberapa aplikasi berguna buat korang, kesemua aplikasi 'cool' ini boleh membantu mudahkan pengembaraan korang.
Selain itu, ia juga membantu membuat persediaan rapi sebelum memulakan perjalanan, ia bukan sahaja dicipta untuk kaki travel malah orang awam juga yang ingin bercuti. Oklah, apa kata ambil smartphone dan muat turun kesemua aplikasi di bawah ini.

Aplikasi ini masih belum dicipta untuk telefon bimbit, tapi apa yang best dalam laman ini adalah korang boleh pilih destinasi mengikut bajet korang. Wherefor akan menunjukkan senarai lokasi yang bersesuaian serta tambang flight dan penginapan mengikut bajet yang korang tetapkan

Ada segelintir tempat melarang korang daripada membawa barang-barang yang boleh mendatangkan kecurigaan. Mesti korang keliru backpacking stoves boleh bawa atau tidak kan? Kalau korang nak tahu, muat turunlah aplikasi MyTSA ini, selain daripada informasi mengenai peralatan. Ia juga memberikan informasi mengenai cuaca waktu sekuriti dan macam-macam lagi.

Skiplagged akan memberikan info kepada korang tiket tambang murah yang korang tak akan jumpa dalam laman web yang lain. Contohnya, destinasi daripada lokasi A ke lokasi C, mungkin tambang daripada lokasi A ke B kemudian layover ke lokasi C lebih murah daripada terus ke lokasi C.
Skiplagged akan memberikan beberapa pilihan kepada korang. Samada untuk terus ke lokasi yang ingin di tujui atau mahukan tambang yang lebih murah dengan cara 'melompat' dari satu destinasi ke satu destinasi seperti yang kami jelaskan tadi. Untuk maklumat lanjut, layari Skiplagged.com.


Kalau jadual korang lebih fleksibel, aplikasi Hopper boleh membantu korang waktu dan masa yang terbaik harga tambang murah untuk korang bercuti. Contohnya kalau korang pilih pada bulan September, Hopper akan tetapkan dalam mod 'wait', kemudian korang akan mendapat notifikasi apabila harga jatuh. Oh ya! Hopper tidak termasuk penerbangan di Delta, Easyjet, Ryanair dan Southwest Airlines.


Jika korang travel menggunakan kereta, aplikasi ini memang ngam! untuk korang mengetahui tempat-tempat menarik seperti kedai makan, tempat penginapan sepanjang perjalanan korang untuk menuju ke destinasi. Daripada mereput dalam kereta sampai 5 ke 6 jam, apa kata usha dulu port-port baik melalui Roadtrippers ni. Betul tak?