Korang Nampak Apa Dulu? Semuanya Bakal Jelaskan Sifat Korang Satu-Persatu!
# Gaya Hidup

Korang Nampak Apa Dulu? Semuanya Bakal Jelaskan Sifat Korang Satu-Persatu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 4, 2019
pada 3:47 PM

Tahu tak, apa yang kita tengok sebenarnya mempengaruhi personaliti yang ada dalam diri kita? Mungkin ia tidaklah sepenuhnya tepat, tetapi sedikit sebanyak ia ada berkaitan dengan apa yang ada dalam diri kita.

 

Bila lihat pada gambar ini, apa gambar pertama yang korang nampak dulu? 

 

 

JAWAPAN

1. Gadis kecil

Seorang yang kreatif dan mempunyai sisi unik yang membuatkan korang sentiasa nampak menarik. Korang mungkin jenis yang agak tak terbuka orangnya, sebab tulah buatkan orang nak tahu sangat pasal korang. Walaupun korang tak bersikap terbuka dengan orang lain, tapi korang sangat disenangi dengan orang yang rapat dengan diri korang  tu.

 

2. Tengkorak

Seorang yang bertoleransi tinggi, mampu menerima pendapat dan idea orang lain walaupun dikritik. Ramai yang sedikit jealous dengan diri korang sebab selalu menjadi perhatian orang lain. Korang sangat mudah nak beradaptasi dengan keadaan sekeliling dalam apa jua situasi. 

 

3. Gambar pokok / hutan

Seorang yang sangat bersemangat dan sangat kelakar orangnya. Korang juga sangat peka dan prihatin dengan situasi di sekeliling. Sangat mudah dan disenangi oleh orang di sekeliling dan sentiasa diperlukan. Korang juga seorang yang sangat bertanggungjawab dan boleh dipercayai.


 

Jadi, korang yang mana satu?