Selalu ke Melaka tapi dah bosan asyik melawat Kota AFamosa? Haa, lepas ni dah boleh kot rancang percutian keluarga ke, shor vacay dengan kawan-kawan ke Melaka negeri bersejarah ni.

by Admin
Selalu ke Melaka tapi dah bosan asyik melawat Kota AFamosa? Haa, lepas ni dah boleh kot rancang percutian keluarga ke, shor vacay dengan kawan-kawan ke Melaka negeri bersejarah ni.
Cipta sejarah baru dengan kawan-kawan haha! Guraulah, kami nak suruh korang semua cipta kenangan baru dengan orang tersayang! Ramai yang tk tahu bahawa Melaka ada tarikan yang awesome tau!
Confirm tak boring punyalah kalau pergi Melaka lepas ni. Boleh enjoy puas-puas dan lupakan kesibukan bekerja.

Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah. Di fasa pertama nya, Freeport A’famosa Outlet Village telah menjangkau kira-kira 175,000 kaki persegi dan anda boleh membeli-belah sehingga anda puas.
Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.
Mempunyai struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.

Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita.
Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas. Menarik kan?
The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut.
Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Jom uji ketahanan mental korang! Hehe.

Autralia Village atau lebih dikenali sebagai Masbro Village ini adalah tempat menarik di Melaka yang menjadi tumpuan. Kelihatan seperti sempit tetapi setiap unit rumah di sini sangat sesuai untuk percutian keluarga. Setiap rumah disini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang.
Tak perlu tidur hotel yang hanya ada bilik dan swimming pool hehe! Kini anda boleh menikmati suasana yang lebih seronok.
Amacam? Menarik tak melaka. Kami dah meloncat-loncat nak pergi bercuti hujung minggu ni! Jumpa kat sana ya!!
Sumber : Teguh Prasetyo