[KUIZ PERSONALITI] - Pilih Kedudukan Tempat Duduk Dalam Kereta, Kami Dedah Jawapan Di Sini!
# Gaya Hidup

[KUIZ PERSONALITI] - Pilih Kedudukan Tempat Duduk Dalam Kereta, Kami Dedah Jawapan Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 28, 2019
pada 4:22 PM

Personality test ataupun dipanggil sebagai ujian personaliti merupakan satu ujian psikologi yang mengkaji tentang keperibadian diri seseorang individu itu secara lebih mendalam dan terperinci. Ujian personaliti ini boleh terbahagi kepada beberapa bentuk ujian personaliti seperti ujian personaliti diri, ujian personaliti kerjaya dan banyak lagi.

Satu lagi ujian personaliti yang korang boleh buat bagi menguji personaliti yang ada dalam diri adalah seperti gambar di bawah:

 

 


 

Jawapan

 

A. Bahagian Pemandu (Driver)

Korang merupakan seorang yang mempunyai pendirian yang teguh. Korang tahu apa yang korang nak dalam hidup. Orang sekeliling selalu menganggap korang ni mempunyai aura pemimpin dan menyimpan harapan untuk menjadi seperti korang! Keperibadian yang ada dalam diri korang tu mempengaruhi dan menjadi sumberi inspirasi untuk orang di sekeliling. 


B. Sebelah Pemandu

Korang merupakan seorang peneman sejati. Bila kawan-kawan atau orang di sekeliling sedang menghadapi masalah, mereka akan segera dapatkan korang untuk mengadu. Cara korang mengekspresikan emosi dalam diri dan cara komunikasi yang baik pun antara faktor kenapa korang sangat disayangi oleh orang sekeliling.

 

C. Belakang Pemandu

Seorang yang sangat ceria dan berfikiran optimis! Memang susah kalau nak tengok korang marah tau. Korang selalu berfikiran positif walaupun sedang berdepan dengan kesulitan. Bukan senang tau nak kawal emosi bila dalam situasi macam ni. Korang sentiasa menggunakan akal fikiran yang logik dan waras untuk menganalisis sesuatu, tetapi korang lebih percaya kepada instinct.


D. Bahagian Tengah Tempat Duduk Belakang

Memiliki karakter yang penuh kasih sayang dan korang sentiasa inginkan yang terbaik untuk orang-orang di sekitar. Berpewatakan manis dan baik, sebab tulah korang ni disayangi ramai. Korang sangat peka dengan emosi orang- orang di sekelilling. Jadi bila ada kawan atau orang rapat yang sedang dalam kesedihan, korang cepat je tahu!

 

E. Belakang Sebelah Pemandu

Seorang yang sabar dan sentiasa mempunyai perancangan untuk masa depan. Korang tidak mudah melenting jika ada perkara yang kurang baik berlaku. Sebaliknya, korang akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

 


 

Tengah cari kerja dalam bidang pengurusan sumber manusia?

Ini senarai kerja kosong bidang HR yang korang boleh mohon sekarang!

 

 

1. Eksekutif Pentadbiran (Sumber Manusia) - Hingga RM4,000 Sebulan

 

2. Eksekutif Pentadbiran (Sumber Manusia) - Hingga RM3,000 Sebulan

 

3. Senior Eksekutif Sumber Manusia - Hingga RM4,500 Sebulan

 

4. Eksekutif Pentadbiran (Sumber Manusia) - Hingga RM2,500 Sebulan

 

5. Eksekutif Sumber Manusia - Hingga RM3,500 Sebulan

 

6. Eksekutif Pentadbiran & Sumber Manusia - Hingga RM5,000 Sebulan

 

 

KLIK TERUS LINK PERMOHONAN JIKA BERMINAT UNTUK MOHON YA!