5 Sikap Positif Bina Kerjaya Cemerlang, Gemilang & Terbilang
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

5 Sikap Positif Bina Kerjaya Cemerlang, Gemilang & Terbilang

post by null

by Admin

May 4, 2016
pada 4:25 AM

Sikap positif perlu ada dalam setiap diri kita untuk memastikan kita sentiasa bersyukur dan gembira dengan apa yang kita miliki. Setuju tak?

Sikap yang positif juga dapat membantu kita membina kerjaya yang bersinar di peringkat yang lebih tinggi. Haa, korang nak tahu tak apa sikap-sikap positif yang ada pda orang-orang yang dah berjaya ni?

Jom tengok lagi!

1. Lakukan Yang Terbaik 

Apa pun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda diperhatikan atau dinilai oleh atasan. Apabila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti diperhatikan oleh atasan.

2. Jangan Berhenti Mencari Peluang 

Profesional yang sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan kesempatan baru. Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.

3. Jangan Menunggu 

Apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban, maka anda akan menunggu dalam tempoh yang lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Sebaiknya anda bergerak dan melakukan sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan hanya menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk menggapai impian.

4. Fikirkan Boleh  

Apa sahaja boleh berlaku. Anda mungkin tidak pernah bermimpikan untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Ingat, jika anda berfikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun bila anda berfikir boleh melakukan, pasti anda boleh.

5. Kegagalan Merupakan Kunci Kejayaan

Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Perbezaan antara individu yang sukses dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Individu yang sukses selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.

Sumber : Cicinta