Redakan Stress Kerja Dengan 12 Website Ini..Fun Gila Beb!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Redakan Stress Kerja Dengan 12 Website Ini..Fun Gila Beb!

post by null

by Admin

May 4, 2016
pada 5:09 AM

Seharian bekerja tanpa rehat boleh mendatangkan stress, salah satu cara bagi memastikan semua kerja berjalan lancar adalah minda kita harus dijaga daripada sebarang tekanan. Rehat sebentar sewaktu anda melakukan kerja, ambil masa sekurang-kurangnya 5 ke10 minit untuk merenggangkan ketegangan urat, rehatkan minda bagi membangkitkan semula semangat untuk kembali bekerja.

Sepanjang tempoh rehat itu, apa kata korang layari beberapa laman web ini. Kesemua 12 laman ini bakal menghiburkan korang dan kembalikan 'mood' untuk sambung kerja. Tapi ingat! Ada sesetengah laman web in agak 'addictive', jaga-jaga. Huhu!

1. Travel Di Alam Maya

Placesadvise merupakan satu spot paling best untuk korang melihat keindahan alam sekitar melalui komputer. Berbeza dengan google street, laman ini akan menunjukkan sesuatu tempat itu dengan lebih terperinci. Bagaimanapun hanya tempat yang terpilih saya akan di tunjuk tapi kesemua tempat yang dipilih itu mempunyai pemandangan yang indah dan meredeka minda korang. 

Mesti ada antara pembaca kami sekarang pencinta kucing kan? Сatsoundboard adalah spot paling ngam untuk korang! Dengar berbegai-bagai jenis bunyi kucing yang mampu buat korang tersenyum lebar. Comel macam kucing!

3. Tenangkan Minda Dengan Bunyi-Bunyian Alam Semulajadi

Allolo boleh membuatkan stress korang hilang! Hanya perlu pejam mata dan sandar di kerusi korang, pakai ear phone dan dengar bunyi alam semula jadi ini. Confirm tak stress lepas tu.Kami dah cuba dah, bestnya! Jangan sampai tertidur dah la ya!

4. Berangan Jadi Kordinator Muzik Sekejap!

Incredibox mampu mengembalikan senyuman korang, layan lagu versi acapella buatan versi korang sendiri. Kalau tak per caya cubalah! Sekarang ni kami menulis sambil senyum dan angguk-angguk kepala je layan choir ni. Hilang stress!

5. Dekorasi Rumah Idaman Korang Disini

Laman Homestyler membolehkan korang buat sendiri rumah yang korang impikan, segala pelan yang diberikan amat terperinci dari luar sampailah ke dalam rumah. Boleh lah berangan sekejap ada rumah besar walaupun hanya di alam maya, hehe!

6. Uji 'Mindreader' Korang

Mindreader akan dapat baca apa yang berlegar di fikiran korang. Hanya fikirkan nombor dan Mindreader akan teka. Mesti korang akan rasa pelik dan tergamam seketika. Bagiamnapun korang akan tahu sendiri trick dia, tapi menyeronokkan!

7. Jom Main Lego!

Hmmm, macam budak-budak kan? Tapi best tau! Try lah Buildwithchrome

8. Bagi Ikan Makan

Marios, pengasas Aquard mempunyai 32- gallon balang ikan di rumahnya dan diletakkan 3 web cam yang membolehkan korang melihat ikannya secara live. Bukan 3D ye! Ini betul-betul, selain itu korang boleh bagi dia makan melalui komputer korang. Sekali lagi ami ulang ikan itu semua real. Tapi korang hanya di benarkan lihat untuk masa-masa tertentu sahaja. Kalau tak dapat akses maknanya kamera ditutup.

9. Arrow Battle!

 

Game ini dipanggil 'Arrow Battle' korang hanya perlu gerakkan cursor di sekitar skrin dan lama-kelamaan 'peperangan' akan berlaku. nak jelaskan disini memang susah apa kata korang cuba sendiri.

10. Lepak Di Kedai Kopi

Especially for those who love spending time and relaxing in cafés. is a website that knows what different cafes sound like.

ini khas kepada kaki lepak cafe yang selalu tenangkan fikiran disitu.  Coffitivity adalah satu website di mana korang boleh mendengar pelbagai jenis sound effect cafe di seluruh dunia. Nak menaikkan mood lagi, pergi pantry dan bancuh kopi kemudian pasang head phone untuk dengar bunyi ini. Memang ummph lah!

11. Lihat Keindahan Deras Laut Disini

Pemandangan yang memberikan ketenangan di arus dasar lautan dari pelbagai tempat di gabungkan di Catlinseaviewsurvey ini.  Jom kita menyelam sekarang!

12. Main Piano Di Melalui Komputer

Berbeza dengan ap[likasi piano yang lain, Multiplayerpiano membenarkan korang untuk bermain bersama pemain lain dan berinteraksi dengan mereka. Dah cuba semuakan? Ok dah pergi sambung kerja!