Kesilapan yang dilakukan nampak remeh tapi sebenarnya memberi kesan besar kepada korang dimana tak akan diterima bekerja dengan mereka. Agak mengecewakan pada diri korang lebih-lebih lagi kalau tawaran itu ada dream job korang kan?

by Admin
Kesilapan yang dilakukan nampak remeh tapi sebenarnya memberi kesan besar kepada korang dimana tak akan diterima bekerja dengan mereka. Agak mengecewakan pada diri korang lebih-lebih lagi kalau tawaran itu ada dream job korang kan?
Ketika menghantar email, pastikan korang semak semula secara terperinci sebelum menekan butang 'Send'. Pastikan korang terhindar daripada melakukan 8 perkara ini, kesannya majikan belum sempat buka resume tapi dah 'reject' korang awal-awal.

Rasanya dah berpuluh kali kami tekankan, elak daripada menggunakan nama-nama yang amatur dalam email. Ternyata masih ada lagi pembaca kami yang melakukan kesilapan ini. Mengikut pengalaman kami, HR tak akan buka email yang korang hantar jika menggunakan nama-nama amatur, nak klik pun tak sudi. Kami sendiri akan melakukan perkara yang sama!

Bukan korang je yang mohon jawatan tu, masih ramai lagi diluar sana mahukan jawatan itu. Jadi, perkenalkan diri korang seringkas yang mungkin, cukup sekadar menjelaskan sebab apa jawatan itu dimohon. Tak perlu gunakan ayat berbunga-bunga untuk menarik perhatian majikan, jika calon ramai majikan hanya akan mengambil masa 5 hingga 10 saat sahaja untuk membacanya. Ingat, short and simple!

Semak balik penggunaan bahasa korang, jangan sampai lain maksud nanti majikan akan fikir lain. Pastikan tiada silap eja dan jangan menggunakan ejaan ringkas dalam email tersebut. Kalau boleh rujuk semula banyak kali sebelum hantar. Ini kerana hampir keseluruhan pemohon kerja melakukan kesilapan ini, ia menjejaskan reputasi korang lebih-lebih lagi jika jawatan yang dimohon itu berkaitan dengan penulisan.

Ringankan tangan untuk hantar email satu per satu di mana-mana syarikat yang korang mohon. Jangan BCC email syarikat lain di dalam pos yang sama, jika syarikat yang terletak di BCC itu membaca, mereka anggap bahawa korang tak serius untuk bekerja dengan mereka.

Haaaa..ini lagu satu, seperti yang kami katakan tadi mungkin calon yang memohon itu ramai. Ada juga yang tak sempat nak baca resume korang, mungkin mereka lebih gemar baca resume itu sewaktu temuduga. Dalam email, ramai yang hanya meletakkan nama sahaja, peluang itu dah terlepas kerana majikan mungkin terlalu sibuk dan takkan buka resume untuk hubungi korang.
Jadi, pastikan ada nama, nombor telefon atau alamat emel untuk rujukan mereka.

Macam manalah majikan nak nilaikan kalau resume sendiri tak ada, walaupun kadang-kadang mereka tak sembpat buka. Resume itu perlu supaya mereka dapat nilaikamn kamu sebelum temuduga. Ini juga salah satu penyebab majikan takkan buka email yang korang kirimkan kerana tiada simbol lampiran disitu.

Spesifik kan apa jawatan yang korang mohon, jangan hanya letak nama korang, "Any Jobs" , "Jawatan Kosong atau "My Resume". Kadang-kadang syarikat itu menawarkan beberapa jawatan dan mereka keliru korang mohon yang mana satu. Dah kena reject lagi.