Makan Pisang Boleh Kurangkan 'Depression?' Betul Ke? Baca Penjelasan Di Sini
# Gaya Hidup

Makan Pisang Boleh Kurangkan 'Depression?' Betul Ke? Baca Penjelasan Di Sini

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 7, 2019
pada 1:10 PM

Buah pisang tidak asing lagi dalam kehidupan kita, rasanya yang sedap memberikan kebaikan kepada badan dan kerana itulah ia banyak juga digunakan dalam pelbagai hidangan makanan. Buah pisang juga sering juga menjadi pilihan para atlet untuk boost tenaga electrolyte dan tenaga dengan cepat.

Tapi tahukah anda yang buah pisang juga bagus untuk melegakan masalah depresi seseorang dan meningkatkan mood seseorang. Tapi bagaimana? 

Buah pisang mengandungi tryptophan yang mampu yang menggalakan suasana tenang dan rileks. Manfaat vitamin B, penukaran tryptophan menjadi serotonin, iaitu 'hormon gembira' yang membantu meningkatkan mood secara keseluruhannya. Apabila anda menggabungkan sumber makanan vitamin B dengan makanan tambahan, kesan positif terhadap depresi akan dapat dilihat. 

Selain itu, serat dalam buah pisang merupakan sumber serat yang larut. Serat amat baik kerana membantu proses pencernaan di dalam usus. Ia juga bagus untuk merawat sembelit. Kekuatan otak juga dapat dirangsang melalui pengambilan pisang, kandungan potasium, mineral elektrolit yang mana bagus untuk buah pinggang, jantung dan fungsi otak yang lain. Kekurangan potasium boleh menyebabkan masalah kognitif lain. 

Vitamin B dalam pisang membantu menenangkan sistem saraf. Daripada lapan vitamin B yang diketahui, pisang adalah sumber yang sangat baik dari lima - thiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), pyridoxine (B6) dan folat (B9). Sumber makanan asas sistem saraf, vitamin B ini membantu tubuh dalam mencerna dan menggunakan nutrien lain, serta menyokong jantung, otot dan saraf yang sihat.

Oleh itu, adalah amat baik kita berikan pisang kepada mereka yang mempunyai depresi sebagai salah satu langkah untuk melegakan perasaan mereka, mengembalikan emosi dan sokongan emosi. Mungkin dengan cara ini mereka akan rasa lebih dihargai oleh orang sekeliling.