Nak cari kerja tapi resume macam tak kukuh je, majikan sekarang semua nak pengalaman, habistu macama mana ni, jangan risau, teruskan membaca.
![[Tips Fresh Grads] - Ramai 'Missed' Letak Info 'Volunteer' Dalam Resume, Ikut Cara Ni](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2019/08/20190805052144-big.png)

by Ehsan
Nak cari kerja tapi resume macam tak kukuh je, majikan sekarang semua nak pengalaman, habistu macama mana ni, jangan risau, teruskan membaca.
Mesti ramai fresh graduates yang tertanya-tanyakan, boleh ke letak kerja sukarela (volunteer) dalam resume korang. Pengalaman kerja pun tiada, jadi mesti boleh kan? Jawapannya boleh tetapi mengikut keadaan-keadaan tertentu.
Sukarelawan merupakan salah satu aspek atau cara terbaik untuk mempamerkan kemahiran yang saling bersangkut paut dengan kerja yang dipohon.
Bagaimana cara terbaik masukkan aktiviti volunteer dalam resume anda:
Kesemua masalah di atas dapat diselesaikan sekiranya anda pernah menyertai mana-mana program atau aktiviti kesukarelawanan sebelum, semasa atau selepas anda dalam pengajian. Semua ini bergantung bagaimana anda mampu gabung jalinkan aktiviti sukarela yang anda jalankan dengan keperluan kerja.
1.Kerja Kesukarelawanan Berkaitan
Kerja sukarelawan yang berkaitan boleh digabungkan dengan pengalaman kerja yang berkaitan. Sebagai contoh anda terlibat dalam mencari dana "fundraising", anda boleh mengaitkannya dengan kerja yang dipohon, iaitu sebagai akauntan atau kerani kewangan. Jika boleh nyatakan juga jumlah yang berjaya diperoleh melalui aktiviti fundraising tersebut dan selaraskan tugas yang dilakukan dengan jawatan yang dipohon sehingga menjadi relevan. Contoh lain seperti anda pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak gelandangan di sesuatu tempat. Jika jawatan yang dipohon berkaitan dengan proses ajar-mengajar, adalah sangat relevan pengalaman anda diletakkan ke dalam resume.
Contoh:

Pengalaman Mengajar Anak-Anak Gelandangan Belajar ABC
Guru Sukarela (Jawatan), Persatuan XXX (Persatuan/Organisasi), Kampung Pisang (Lokasi Diadakan), 1 Disember 2015 - 12 Januari 2016(Tempoh Masa)
2. Kerja Kesukarelawanan Tak Berkaitan
Untuk bahagian ini sekiranya anda ingin juga memasukkan pengalaman anda ke dalam resume tetapi tidak berkaitan dengan matlamat kerja yang dipohon, anda boleh letakkannya di bawah perkhidmatan komuniti atau kerja-kerja sukarela. Perkara ini ada baiknya juga kerana kebarangkalian ini yang dicari oleh majikan, iaitu seseorang yang boleh bersosial dan menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan sangat baik untuk hubungan dengan pelanggan (customer).
Contoh:

Sukarelawan Banjir (Jawatan), Organisasi Selamat (Persatuan/Organisasi), Taman Desa (Lokasi Diadakan), 14 Oktober 2017 - 16 Disember 2017 (Tempoh Masa)
Kesemua ini bergantung kepada kerja yang dipohon dan bagaimana anda menggunakan peluang dan ruang untuk memasarkan diri anda kehadapan dan kepada majikan. Jangan lupa share dekat kawan-kawan yang mungkin perlu perkara ini. Semoga berjaya.